Free Porn
xbporn

buy twitter followers
uk escorts escort
liverpool escort
buy instagram followers
Galabetslotsitesi
Galabetsondomain
vipparksitesigiris
vipparkcasinositesi
vipparkresmi
vipparkresmisite
vipparkgirhemen
Betjolly
spot_img
spot_img

Semua parti setuju titah Agong kerajaan perpaduan kecuali PN

spot_img

KUALA LUMPUR (24 Nov): UMNO bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, seperti yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Namun UMNO berpendirian kerajaan perpaduan tersebut tidak dipimpin oleh Perikatan Nasional ( PN), kata setiausaha agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi khas UMNO, yang dipengerusikan presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, di sini malam Rabu.

“(Ini) bagi memastikan kerajaan yang stabil dan sejahtera dapat dibentuk,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat tiga jam yang diadakan di ibu pejabat parti di Menara Dato Onn di sini.

- Advertisement -

Ahmad Maslan juga berkata Majlis Tertinggi telah bersetuju agar semua wakil partinya yang memenangi kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang baru berakhir untuk mematuhi dan menerima sebarang bentuk Kerajaan Perpaduan atau mana-mana bentuk kerajaan lain yang telah ditetapkan dan dicadangkan oleh Baginda.

Menurut Ahmad Maslan, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO juga mengukuhkan sokongan kepada Ahmad Zahid untuk kekal sebagai pengerusi BN dan sebulat suara menyokongnya sebagai presiden UMNO.

Majlis juga mengambil maklum dan menyemak secara terperinci kedua-dua perbincangan yang dijalankan oleh jawatankuasa rundingan BN dengan Pakatan Harapan (PH) dan PN, katanya.

- Advertisement -

Sementara itu di Kota Kinabalu, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata gabungan itu akan menyerahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan perdana menteri akan datang.

Ini merupakan u-turn dari pendirian awalnya untuk menyokong Muhyiddin Yassin.

Hajiji dalam satu kenyataan berkata, kerajaan persekutuan perlu dibentuk segera dan parti itu akan mengikut nasihat Raja bagi pembentukan kerajaan perpaduan.

Di Kuching pula, Sarawak Premier Tan Sri Abang Johari Openg telah mengulangi pendirian Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyerahkan kepada Raja untuk menentukan siapa yang akan menjadi perdana menteri seterusnya dan membentuk kerajaan perpaduan.

“Melihat kepada pergolakan politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat harus dihormati,” kata Abang Johari menerusi satu kenyataan awal hari ini.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah mengemukakan cadangan untuk membentuk kerajaan persekutuan baharu daripada gabungan yang dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“GPS menegaskan bahawa kepentingan negara amat diutamakan dan pembentukan kerajaan persekutuan yang stabil yang mengambil kira kepentingan terbaik rakyat dan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi, individu dan keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menegaskan gabungan parti itu berpendirian untuk tidak terlibat dengan penubuhan kerajaan perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) sebaliknya menyifatkan PN wajar mendapat mandat membentuk kerajaan berdasarkan 115 akuan bersumpah (SD) yang telah dihantar ke Istana Negara.

Dakwanya, satu dokumen berkaitan juga telah ditandatangani dan PN memilih untuk tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.

“Itu pendirian parti kita (PN) sejak dulu hingga ke hari ini atas tujuan apa sekali pun kita tetap tak bersetuju”, katanya yang merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke 8.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img