spot_img
spot_img

Saya tidak pernah ditawar jawatan PM – Hishammuddin

spot_img

Laporan yang mendakwa Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ditawarkan jawatan Perdana Menteri adalah tidak benar.

Hishammuddin berkata, beliau tidak terlibat dengan sebarang rundingan dengan mana-mana pihak.

“Saya tidak sesekali terlibat dalam sebarang rundingan, sama ada dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan.

- Advertisement -

“Saya tidak pernah ditawarkan apa-apa jawatan,” katanya menerusi satu hantaran di akaun Instagram rasminya.

Pada Rabu, dua buah blog melaporkan Hishammuddin ditawarkan jawatan tersebut jika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (BN) membentuk kerajaan.

Sementara itu, satu sumber menjelaskan, laporan itu telah disiarkan oleh dua buah laman blog yang mempunyai agenda tertentu.

- Advertisement -

“Perjuangan Datuk Seri Hishammuddin amat jelas bahawa beliau mahu melindungi kepentingan dan masa depan parti.

“Jadi tindakan dua portal ini yang mendakwa beliau ditawarkan jawatan tersebut adalah tidak benar,” katanya

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img