spot_img
spot_img

DAP berkunjung ke kediaman Premier Sarawak hari ini

spot_img

SEREMBAN: DAP hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka sekiranya terdapat kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin parti itu yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat negeri Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, permohonan maaf itu juga telah beliau maklumkan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg hasil kunjungannya ke kediaman pemimpin itu di Kuching hari ini.

- Advertisement -

“Pada pagi ini, saya telah membuat kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Abang Haji Openg di kediaman beliau di Kuching. Turut hadir bersama ialah Timbalan Premier Sarawak, Prof. Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

“Kami telah mengadakan perbincangan secara mesra. Saya telah memaklumkan kepada Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anthony dalam pada itu berharap, pertemuan tersebut akan membuka satu lembaran baharu untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img