spot_img
spot_img

Anwar Ibrahim senarai teratas calon Perdana Menteri

spot_img

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menjadi pilihan pertama untuk menjadi perdana menteri Malaysia yang ke 10, manakala Datuk Seri Mohamad Hasan dari Umno berkemungkinan akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam kerajaan perpaduan.

Dipetik dari laporan Malay Mail difahamkan antara cadangan yang dibuat di bawah perjanjian untuk Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Pakatan Harapan (PH) di mana Anwar akan menerajui kerajaan baharu, Umno juga mungkin mendapat beberapa portfolio penting dalam Kabinet akan datang.

Agong telah menitahkan kerajaan akan datang supaya inklusif serta melibatkan semua kaum dan ini bermakna parti Sarawak dan Sabah turut dilantik ke jawatan Kabinet.

- Advertisement -

Titik perubahan akibat kesukaran menubuhkan kerajaan perpaduan dicapai lewat malam tadi apabila Umno mengumumkan akan menyokong kerajaan perpaduan yang tidak dipimpin oleh Perikatan Nasional (PN).

Pagi ini, Anthony Loke dan Lim Guan Eng dari DAP secara berasingan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sarawak dan perdana menterinya Tan Sri Abang Johari Openg atas kenyataan sebelum ini yang menyebabkan persaingan antara GPS dan PH yang memerintah negeri itu.

Permohonan maaf itu dijangka membuka jalan kepada sokongan gabungan Sarawak.

- Advertisement -

Pagi ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengadap raja-raja baginda untuk mesyuarat khas Majlis Raja-raja bagi memberi taklimat kepada mereka mengenai kebuntuan politik.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img