spot_img
spot_img

Kelewatan dan kelemahan dalam membentuk kerajaan pasca PRU15

spot_img

KUALA LUMPUR (22 Nov): Kelewatan dalam membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ketika ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa dan ia mencerminkan kelemahan dalam sistem pilihan raya negara.

Dua hari selepas mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada hari Sabtu lalu (19 Nov), perdana menteri dan kerajaan masih belum dilantik kerana tiada gabungan politik berjaya memperoleh majoriti mudah 112 kerusi daripada 222 kerusi parlimen keseluruhan.

Pakatan Harapan (PH), yang memenangi 82 kerusi; Perikatan Nasional (PN), yang mempunyai 73 kerusi, dan Barisan Nasional (BN), dengan 30 kerusi.

- Advertisement -

Banyak negara demokrasi berparlimen lain, seperti United Kingdom, Jerman, Israel dan Australia, kerajaan campuran sering dibentuk selepas rundingan yang panjang.

Rakyat Malaysia harus belajar menerima kerajaan gabungan dalam membentuk kerajaan berparlimen, kerana landskap politik yang telah berubah. Kawasan desa telah bertukar kepada bandar, undi orang muda dan perpindahan penduduk sebagai faktor.

Atau mungkin kita boleh meniru sistem Amerika Syarikat di mana ahli-ahli dari kedua-dua parti yang menang pada pilihanraya, boleh pula memilih atau mengundi Presiden mereka.

- Advertisement -

Satu lagi kelemahan sistem pengundian di negara kita ialah calon yang memenangi undi terbanyak di setiap kawasan akan menjadi ahli parlimen. Faktor ketidakseimbangan jumlah pengundi dalam satu kawasan adalah tidak adil. Sebagai contoh, DUN Bangi di Selangor mempunyai 303,430 pengundi, manakala DUN Lawas di Sarawak hanya 33,655 pengundi.

Mengenai undang-undang anti-lompat yang berkuat kuasa sebelum PRU15, walaupun ia menyediakan sedikit kestabilan dengan menghalang Ahli Parlimen atau individu daripada menyeberang ke parti lain daripada parti di mana dia bertanding, ia tidak menghalang parti daripada keluar daripada kerajaan secara konsensus atau en bloc.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab mana-mana kerajaan dalam gabungan untuk menghormati satu sama lain dan bekerjasama untuk mengekalkan kerajaan selama lima tahun akan datang sebelum pilihan raya umum yang ke 16 kelak.

Rakyat Malaysia harus bersedia menghadapi kemungkinan ketidakstabilan politik, walaupun selepas kerajaan dibentuk.

Undang-undang anti-lompat dipermukaan nampak mengagumkan untuk menghapuskan ‘budaya katak’ di Malaysia, di mana wakil rakyat yang menang boleh ‘menjual’ kerusi mereka untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Satu kelemahan dalam undang-undang anti-lompat ialah seorang ahli parlimen yang dipilih di bawah parti lain boleh secara terbuka mengumumkan sokongannya kepada pemimpin parti lawan sebagai perdana menteri tanpa dikenakan hukuman.

Tetapi ada penganalisis politik, berkata ini tidak boleh berlaku kerana dengan menunjukkan bahawa mereka menyokong parti lain yang tidak selaras dengan keputusan parti asal mereka, maka secara automatik mereka akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Namun, parti Amanah dan DAP, kedua-duanya di bawah gabungan PH, adalah parti politik yang telah mengambil tindakan bijak untuk menangani kelemahan ini.

Mereka telah meminda perlembagaan parti masing-masing untuk memastikan wakil rakyat akan kehilangan keahlian parti secara automatik jika mereka bertentangan dengan arahan parti dalam membuat keputusan mengenai sebarang isu.

Mengenai prospek Malaysia membentuk kerajaan minoriti, di mana gabungan yang membentuk kerajaan tidak mempunyai majoriti mudah, Malaysia telah melalui pengalaman itu di zaman pemerintahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ramai berpendapat bahawa kerajaan minoriti tidak sesuai untuk Malaysia kerana ia akan menghasilkan kerajaan yang tidak stabil.

Dalam sistem di negara kita, rakyat memilih wakil (ahli parlimen) mereka, bukan kerajaan. Kerajaan dibentuk daripada Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada seorang ahli Dewan Rakyat yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img