spot_img
spot_img

Bagaimana FIFA buat untung dari Piala Dunia ?

spot_img

Perniagaan jika nak untung tinggi, mudah sahaja, iaitu; jika anda mengeluarkan produk yang semua orang ingin beli, tetapi anda hampir tidak mengeluarkan sebarang kos, anda akan memperoleh banyak keuntungan wang dengan cepat.

Inilah jawapannya cara FIFA, badan induk dunia bola sepak, menjana wang.

Pada tahun 2018, apabila Piala Dunia dihoskan oleh negara Rusia, FIFA memperoleh lebih daripada $4.6 bilion hasil kejohanan itu.

- Advertisement -

FIFA membayar jawatankuasa penganjur negara tuan rumah Piala Dunia, wang hadiah, perjalanan dan penginapan untuk pasukan dan kakitangan sokongan, serta dana warisan untuk membantu membangunkan sukan di negara tuan rumah selepas kejohanan Piala Dunia tamat.

Pemenang Piala Dunia Qatar kali ini akan menerima $44 juta daripada jumlah keseluruhan hadiah $440 juta, yang dibayar oleh FIFA.

FIFA mengatur akaunnya dalam kitaran empat tahun pada setiap Piala Dunia. Untuk kitaran 2015-18 yang paling baru diterbitkan, FIFA membawa masuk $6.4 bilion hasil. Pada tahun 2021 sahaja, FIFA memperoleh $766 juta.

- Advertisement -

Hak TV

Kebanyakan pendapatan FIFA datang daripada menjual hak penyiaran TV untuk Piala Dunia dan kejohanan antarabangsa yang lain.

Daripada $6.4 bilion yang dijana dalam kitaran terakhir, $4.6 bilion datang daripada hak penyiaran kejohonan di kaca TV.

Hak pemasaran

Jenama global membayar FIFA untuk hak pengiklanan semasa kejohanan berlangsung. Jenama terbesar boleh bekerjasama dengan FIFA dalam pembangunan dan rancangan tanggungjawab sosialnya, seperti membangunkan sukan bola sepak di peringkat akar umbi.

Kemudian jenama besar itu akan dibenarkan untuk mengiklan produk atau servis mereka di kejohanan Piala Dunia yang merupakan acara televisyen yang paling banyak ditonton di planet ini. Kira-kira lima bilion orang, lebih separuh daripada penduduk Bumi, dijangka mengikuti kejohanan itu, pada tahun ini. Itulah pemasaran paling besar untuk menjual sesuatu kepada pelanggan.

Dalam kitaran sebelum Piala Dunia 2018, urus niaga hak pemasaran memperoleh $1.66 bilion kepada FIFA. Malah pada tahun 2021, hasil daripada penjualan hak pemasaran berjumlah $131 juta.

Penjualan tiket dan penginapan

Satu lagi mesin wang untuk FIFA ialah pendapatan di pintu stadium. Keseluruhan pendapatan daripada hak tiket pergi ke anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh FIFA. Dalam kitaran 2015-18, ini membawa masuk lebih kurang $712 juta hasil.

Pada tahun 2021, jualan tiket untuk Piala Arab, apabila kira-kira 600,000 orang hadir, menjana anggaran $12 juta. Kira-kira tiga juta tiket telah dijual untuk Piala Dunia Qatar 2022. Harga pula bukan murah, antara $100-$1,100, ia pasti menjadi satu lagi tahun yang memberangsangkan.

Penjenamaan dan pelesenan

FIFA juga memperoleh wang melalui pelesenan jenamanya. Yang paling terkenal ialah siri permainan bola sepak FIFA Electronic Arts, yang dilaporkan menjana jualan $20 bilion untuk EA sepanjang perkongsian 20 tahunnya dengan FIFA.

Pengeluar permainan itu difahamkan telah membayar FIFA dalam lingkungan $150 juta setiap tahun untuk hak menggunakan nama FIFA.

Pada 2021, FIFA memperoleh $180 juta daripada melesenkan jenamanya bagi barangan runcit dan permainan. Pada tahun yang sama, FIFA menerima anugerah $201 juta daripada Jabatan Kehakiman AS sebagai pampasan bagi kerugian akibat rasuah selepas berpuluh-puluh eksekutif tertinggi FIFA didakwa pada 2015.

sumber: Al Jazeera

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img