spot_img
spot_img

Amazon akan berhentikan 10,000 pekerja

spot_img

California (14 Nov): Amazon.com Inc merancang untuk memberhentikan kira-kira 10,000 pekerja dalam peranan korporat dan teknologi mulai minggu ini, kata sumber yang rapat dengan syarikat gergasi itu.

Pemotongan itu dianggarkan kira-kira 3% daripada kakitangan korporat Amazon. Bilangan tepat mungkin berbeza apabila bahagian operasi Amazon menyemak semula keutamaan mereka dari semasa ke semasa kata sumber itu kepada Reuters.

Peruncit dalam talian itu merancang untuk mengurangkan pekerjaan dalam organisasi perantinya, yang membuat alat kawalan suara “Alexa” dan kamera keselamatan rumah, serta dalam bahagian sumber manusia dan runcitnya, kata sumber itu. Bila waktu yang tepat untuk Amazon memaklumkan kepada kakitangan mereka masih tidak jelas.

- Advertisement -

Sumber itu mengaitkan pengurangan itu disebabkan persekitaran makroekonomi yang tidak menentu yang dihadapi oleh Amazon dan syarikat-syarikat dunia lain.

Berita itu mengikuti gelombang pengurangan kerja di seluruh sektor teknologi, yang berhati-hati terhadap kemelesetan ekonomi selepas bertahun-tahun pengambilan pekerja pantas dan besar sebelum wabak Covid19. Baru minggu lepas, syarikat induk Facebook, Meta Platforms Inc berkata mereka akan mengurangkan lebih 11,000 pekerjaan, atau 13% daripada tenaga kerjanya, untuk mengekangkan kos.

Amazon yang berpangkalan di Seattle meramalkan kelembapan dalam pertumbuhan jualan untuk musim cuti yang biasanya amat menguntungkan sebelum ini.

- Advertisement -

Ketua pegawai kewangan Amazon, Brian Olsavsky berkata syarikat itu melihat tanda-tanda belanjawan isi rumah yang lebih terhad untuk membeli-belah, dan pengguna terus bergelut dengan inflasi yang tinggi dan kos tenaga.

Amazon juga akan membekukan pengambilan pekerja korporat tambahan selama beberapa bulan akan datang.

Unit peranti Amazon (device unit) dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah mencatatkan kerugian operasi tahunan lebih AS$5 bilion (RM22.94 bilion), lapor The Wall Street Journal minggu lalu. Syarikat itu telah menimbang sama ada untuk hanya memberi tumpuan kepada keupayaan baharu Alexa sahaja, apabila ada sesetengah pelanggan menggunakan pembantu suara untuk beberapa tugas, kata laporan itu.

(Alexa – peranti komunikasi pintar Amazon)

Seluruh syarikat, dengan mengambil kira pekerjaan gudang dan pengangkutan, yang menjadikan jumlah kakitangan Amazon terdiri lebih daripada 1.5 juta kakitangan pada 30 Sept, pemotongan tenaga kerja yang dirancang hanya berjumlah kurang daripada 1% daripada tenaga kerja peruncit.

Saham di Amazon telah kehilangan lebih daripada 40% nilainya tahun ini. Mereka turun 1.1% pada AS$99.67 pada petang Isnin.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img