KUALA LUMPUR (11 Nov): Transformasi digital kekal sebagai cabaran untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerana mereka tidak melihat dengan jelas berkenaan faedah serta kelebihan memakai proses digital yang akan menjadikan operasi mereka lebih cekap dan lancar.
Razrul Anwar Rusli, ketua pegawai eksekutif Jendela Biz berkata ini disebabkan kekurangan perancangan yang betul bagi perjalanan transformasi digital mereka. Jendela Biz menyediakan penyelesaian platform digital lengkap dan pemerolehan data pelanggan atau prospek, yang terdiri daripada aplikasi, website serta perisian untuk mengawal proses urusniaga.
“Pendigitalan bukanlah destinasi tetapi ia adalah proses dan ia memerlukan perancangan yang betul, menentukan objektif dan matlamat bergantung pada keperluan organisasi,” kata Razrul.
“Kebanyakan PKS berpendapat bahawa pendigitalan hanyalah mendigitalkan data mereka daripada kertas kerja manual untuk menyimpan maklumat dan data secara digital. Sebenarnya, pendigitalan adalah lebih daripada sekadar menghapuskan kertas kerja atau kerja-kerja bisnes konvensional,” tambahnya.
Pendigitalan boleh membantu peniaga kecil mengesan pemesanan, begitu juga pengilang, mengenal pasti dan mengelak pembaziran dengan menjimatkan sumber-sumber, mengelakkan ketidakcekapan dan kehilangan hasil, tegas Razrul.
“Hari ini, data (big data) ialah salah satu aset terpenting bagi perniagaan untuk mendapatkan pandangan serta tabiat prospek dan pelanggan. Apabila perniagaan mempelajari operasi berasaskan data, mereka boleh mengenal pasti produktiviti, pertumbuhan dan keuntungan menggunakan keputusan data yang telah diproses.
Memandangkan PKS membentuk 98.5% daripada 920,624 pertubuhan perniagaan di negara ini, transformasi digital tidak lagi boleh diambil secara lewa.
Menyedari keperluan mendesak untuk menangani jurang itu, Jendela Biz sering melakukan sesi penerangan kepada para usahawan, individu, organisasi, syarikat swasta dan badan kerajaan bagi melancarkan proses digitalisasi mereka.
Objektif perbentangan yang dikenali sebagai Jendela Business Opportunity Preview (JOP) itu adalah untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh PKS dalam melancarkan rancangan pendigitalan mereka, terutamanya dalam rantaian bekalan, tenaga kerja dan operasi.
Jendela Biz berhasrat untuk memberikan wawasan kepada PKS dan pengilang tentang operasi moden untuk mereka memulakan perjalanan transformasi digital mereka dan mencari penyelesaian yang tepat untuk organisasi mereka.
Jendela Biz akan menunjukkan kepada PKS cara mengurus platform online mereka, ‘menangkap’ aliran data untuk analisis dan juga membina penyelesaian hibrid (online dan offline) untuk mencapai matlamat mereka.
Untuk memudahkan urusan, mereka yang berminat boleh terus menghubungi whatsapp 0124216051 atau support@jendela.biz
“Bagi PKS dan syarikat yang telah merancang peta jalan digital mereka, mereka boleh mengharapkan untuk mendengar perbentangan daripada Jendela Biz mengenai strategi dan pelbagai pendekatan mengenai cara untuk meningkatkan matlamat mereka,” kata Razrul lagi yang telah dua dekad menerajui industri Teknologi Maklumat.
Razrul menambah bahawa terdapat banyak aplikasi dan pendekatan Industri 4.0 yang boleh dimanfaatkan oleh PKS tetapi juga mengakui bahawa adalah banyak syarikat atau usahawan mungkin akan sesat, terlalu banyak maklumat, ketinggalan trend dan idea dalam mengejar transformasi digital. Di sinilah peranan Jendela Biz sebagai rakan teknikal mereka.
Perniagaan yang tidak cekap atau lambat membuat inovasi untuk menyesuaikan diri di era digital ini dan mengikut permintaan pasaran akan ditinggalkan dan kehilangan kelebihan daya saing, kata Razrul.
“Untuk memperoleh bahagian pasaran atau terus mengembangkan perniagaan mereka, mereka perlu meneroka, merancang dan sentiasa bersedia untuk melaksanakan dan menerima pakai teknologi digital terkini dalam industri mereka. Dengan globalisasi, data dan teknologi adalah sangat berharga dan mudah diakses, cabarannya ialah untuk memilih sendiri penyelesaian yang betul yang sesuai dengan setiap strategi transformasi digital mereka.”
Dua tahun sudah perniagaan menjadi tenat kerana banyak entiti menghadapi gangguan rantaian bekalan yang berterusan disebabkan oleh Pandemik Covid19. Kelewatan pengeluaran dan gangguan berkaitan tenaga kerja telah menjejaskan keupayaan pengeluaran dan hasil mereka dengan teruk.
Di sebalik tekanan jangka pendek, Razrul mengulangi bahawa PKS perlu membuat perancangan untuk bersedia menghadapi cabaran tenaga kerja, kekurangan pekerja mahir dan pemimpin industri.
“Oleh itu, dengan semua cabaran yang bakal dihadapi ini, syarikat besar dan PKS tidak mempunyai pilihan selain menggunakan teknologi dan penyelesaian terkini. Walaupun teknologi seperti AI, IoT (Internet of Things) dan awan (cloud) telah menjadi tonggak utama dalam Industri 4.0, keperluan untuk mempunyai peta jalan transformasi digital yang berkesan dan penyelesaian yang sesuai kekal penting,” katanya.
Artikel berbayar dari Jendela Biz