spot_img
spot_img

Undi PH = Undi DAP

spot_img

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi amaran kepada para pengundi hari ini bahawa mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna mengundi DAP.

Menurut laporan Malaysiakini, penyandang Ahli Parlimen Bera itu dipetik mengkritik pilihan calon Melayu DAP kerana dikawal oleh DAP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri 

“Satu undi untuk Pakatan Harapan adalah satu undi untuk DAP. Jangan jatuh dalam perangkap mereka.

- Advertisement -

“Untuk menghentikan kebangkitan DAP kita mesti mengalahkan calon Pakatan Harapan di mana-mana sahaja,” Ismail Sabri dilaporkan berkata.

Beliau berkata demikian sebagai tindakan balas terhadap kempen Pakatan Harapan yang mengatakan bahawa “satu undi untuk BN adalah satu undi untuk Zahid”, merujuk kepada kemungkinan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai perdana menteri jika BN menang.

Beliau seterusnya mendakwa walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri semasa pentadbiran PH, DAP sebenarnya adalah tuan di belakang tabir.

- Advertisement -

Pada PRU15 kali ini, pentadbiran PH, telah meningkatkan pengambilan pemimpin muda Melayu dan meletakkan mereka dalam pilihan raya ini.

Penganalisa politik Zamir Shuib dari Universiti Malaya berkata, DAP akan meletakkan calon Melayu di Parlimen majoriti calon-calon Melayu bertanding. Ini adalah untuk mengurangkan kemenangan kepada ahli parlimen Melayu dengan dasar pecah undi kaum Melayu. Penyokong PH bukan Melayu tentunya akan memberi undi kepada calon Melayu PH, manakala calon-calon Melayu parti lain akan kehilangan undi majoriti dan menyebabkan mereka tewas.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img