spot_img
spot_img

redONE lancar pelan postpaid MyCare50

PENGENDALI Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar ASEAN, redONE Network Sdn Bhd (redONE) telah melancarkan pelan postpaid MyCare50, dilengkapi dengan internet dan panggilan tanpa had serta perlindungan takaful sehingga RM100,000.

Ketua Pegawai Jualan redONE, Ben Teh berkata, pelan postpaid baharu berharga RM50 sebulan itu dilancarkan pada 1 November lalu dan eksklusif untuk pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing makanan di seluruh Malaysia.

Menurutnya, dengan lebih 100,000 pemandu e-hailing dan penunggang p-hailing di negara ini digandingkan dengan ekonomi yang semakin pulih, aktiviti dan perkhidmatan segmen ini dijangka meningkat setiap tahun.

- Advertisement -

“Penggunaan internet dan panggilan turut akan meningkat kerana pemandu perlu sentiasa berhubung di jalan raya untuk penghantaran.

“Dengan memahami sifat kerja pemandu e-hailing dan p-hailing makanan, redONE bekerjasama dengan Zurich Takaful untuk menyediakan perlindungan takaful sehingga RM100,000 kepada pelanggan pelan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ben Teh berkata, redONE amat menitikberatkan kebajikan pemandu dan penunggang apabila mencipta pelan postpaid MyCare50.

- Advertisement -

“Pelanggan bukan sahaja boleh menikmati internet dan panggilan tanpa had pada hanya RM50 sebulan, tetapi mereka juga dilindungi dengan perlindungan takaful yang merangkumi kehilangan upaya kekal akibat kemalangan, pendapatan kemasukkan hospital, perlindungan unit rawatan rapi (ICU), kematian akibat kemalangan dan banyak lagi.

“Kami yakin pelan ini akan diterima baik oleh pasaran kerana ia benar-benar memberi manfaat kepada pemandu e-Hailing dan penunggang makanan di Malaysia,” kata Ben Teh.

Daftar untuk pelan MyCare50 di mana-mana kedai rakan niaga redONE di seluruh negara atau layari redONE.com.my.

 

comments

Terkini

spot_img
spot_img