spot_img
spot_img

KJ bersedia untuk Perdana Menteri Malaysia

SUNGAI BULOH, 9 Nov — Khairy Jamaluddin berkata dalam ceramahnya bahawa beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri Malaysia.

Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh memberitahu hadirin di kawasan parlimen itu malam tadi bahawa beliau mahu menang dahulu pertandingan tujuh penjuru pada pilihan raya umum ke-15 ini.

Beliau melahirkan hasrat ‘sudah tiba masanya’. Tetapi bukan selepas PRU15 ini kerana BN telah menamakan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

- Advertisement -

“Umur saya 46 tahun, masih boleh menunggu, tetapi tidak lama, ya. Saya sudah bersedia! Tapi saya kena buktikan di Sungai Buloh dulu.

“Kalau orang Sungai Buloh menyokong saya, saya boleh maklumkan kepada parti, saya datang ke dragon dent (tempat mustahil untuk menang), majoriti 26,000, (jika) saya menang kerusi untuk Barisan Nasional, saya nak pimpin parti dan saya nak pimpin negara sekarang, ” Khairy berkata dalam ucapannya, dan sekali lagi disambut dengan sorakan kuat daripada hadirin.

Ini adalah kali pertama Khairy bertanding di kerusi Sungai Buloh, setelah pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Rembau di Negeri Sembilan selama tiga penggal dari 2008 hingga 2018.

- Advertisement -

Dalam perebutan 158,090 undi, Khairy akan menentang timbalan ketua penerangan PKR Datuk R. Ramanan, Mohd Ghazali Md Hamin dari Perikatan Nasional, Mohd Akmal Mohd Yusoff dari Gerakan Tanah Air, Ahmad Jufliz Faizal dari Parti Rakyat Malaysia, dan dua calon bebas — Syed Abdul Razak Syed Long Alsagoff dan Nurhaslinda Basri atau dikenali sebagai Sifu Linda.

Pada pilihan raya umum ke-14, Sungai Buloh mempunyai 90,707 pengundi berdaftar, dengan 77,951 daripadanya membuang undi.

Pada PRU14, calon PKR Sivarasa Rasiah memenangi kerusi Sungai Buloh menentang tiga pencabar lain, memperoleh 43,631 undi yang mewakili majoriti 26,634 undi mengatasi calon PAS Nuridah Mohd Salleh yang memperoleh 16,997 undi.

Ini adalah 26,000 majoriti undi yang dimaksudkan oleh Khairy dalam ucapannya malam tadi.

comments

Terkini

spot_img
spot_img