spot_img
spot_img

Yayasan Bill Gates sumbang RM6.6 bilion pada pertanian dan keselamatan makanan

spot_img

Mesir, 7 Nov — Yayasan Bill & Melinda Gates memberikan AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion) untuk membantu petani dan pekebun kecil untuk menghadapi cabaran kesan perubahan iklim, sebahagian daripada usaha rundingan iklim global di Mesir bagi meningkatkan bekalan serta bantuan kewangan.

Dalam kenyataan yayasan itu, masyarakat dunia pada masa ini tidak melakukan usaha dengan cukup untuk membantu negara – negara miskin akibat kesan pemanasan global, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu minggu lalu. Menjelang 2030, keperluan pembiayaan tahunan untuk menghadapi cabaran ini ialah sebanyak AS$340 bilion.

Komitmen Yayasan Gates, yang diumumkan pada persidangan COP27 di Sharm el-Sheikh, akan membantu petani pekebun dan  kecil di sub-Sahara Afrika dan Asia Selatan untuk membina daya ketahanan dalam amalan kerja mereka dan meningkatkan keselamatan makanan.

- Advertisement -

Lebih 2 bilion manusia bergantung kepada ladang pekebun kecil untuk makanan dan pendapatan, namun pada masa ini kurang daripada 2 peratus kewangan berkaitan iklim global difokuskan untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, kata yayasan itu.

“Krisis iklim menyebabkan kemudaratan yang besar setiap hari kerana ia menjejaskan seluruh rakyat dan ekonomi,” kata Bill Gates, pengerusi bersama Yayasan Bill & Melinda Gates, dalam satu kenyataan.

“Lebih banyak pembiayaan diperlukan untuk memastikan inovasi pertanian dan teknologi tersedia secara meluas kepada komuniti yang terdedah, membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, menyelamatkan nyawa dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.”

- Advertisement -

Yayasan itu berkata pembiayaannya akan disalurkan ke arah projek pertanian pintar iklim, aplikasi baharu teknologi digital dan inovasi lain, dan untuk menyokong petani wanita.

Wanita menyumbang 43 peratus daripada tenaga kerja pertanian di negara-negara membangun, tetapi mereka cenderung kurang mendapat akses kepada kewangan, hak undang-undang dan pendidikan berbanding lelaki akibat ketidaksamaan jantina mengikut budaya.

“Wanita di luar bandar Afrika adalah tulang belakang kepada sistem makanan mereka, tetapi mereka tidak pernah mempunyai akses yang sama kepada sumber yang mereka perlukan untuk mencapai potensi penuh mereka atau membina daya tahan terhadap ancaman iklim yang semakin meningkat,” kata pengerusi bersama yayasan Melinda French Gates.

sumber Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img