spot_img
spot_img

MYDIN, Dropee bekerjasama tingkat operasi e-Dagang

PETALING JAYA: Rangkaian pemborong dan runcit, MYDIN melancarkan platform e-Dagang dan aplikasi mudah alih untuk kemudahan proses mereka serta kemudahan pelanggan membeli-belah secara dalam talian.

Inisiatif itu dikuasakan oleh penyelesaian e-Dagang, Dropee, dengan sokongan rakan kongsi mereka, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Pelancaran platform dalam talian adalah selaras dengan rancangan MYDIN untuk menambah baik operasi e-Dagang, selari dengan peranannya sebagai antara pemain utama industri pasar raya besar negara.

- Advertisement -

Pengasas bersama Dropee, Aizat Rahim berkata, sebagai penyedia penyelesaian e-Dagang perniagaan ke perniagaan (B2B), misi Dropee sentiasa untuk menambah baik proses jual beli di Malaysia.

“Dengan kerjasama ini, kami telah menyediakan penyelesaian sehenti untuk pengendali MYDIN menggunakan saluran omnichannel untuk memudahkan kemas kini produk dan harga pada semua saluran jualan mereka dari satu tempat.

“Sebagai pembeli MYDIN, anda boleh membeli produk dari pasar raya MYDIN daripada keselesaan rumah anda sendiri,” katanya dalam kenyataan.

- Advertisement -

Sementara itu, Ketua Projek Dropee, Raja M. Danial Raja Abdul Rahman berkata, kerjasama ini mengambil usaha yang besar daripada semua pihak dan merupakan sebuah pencapaian untuk membawa jenama yang terkenal itu lebih dekat dengan rakyat.

“Menjelang akhir tahun, pembeli akan mempunyai pilihan untuk memesan dari kedai MYDIN berdekatan, memilih penghantaran pada hari yang sama dan membuat pembelian pukal,” ujarnya.

Pengguna akan menikmati pengalaman membeli-belah secara borong dalam talian melalui www.mydin.my atau aplikasi MYDIN.

Untuk peruncit tempatan, pemilik perniagaan dan pembeli borong, anda juga boleh menantikan B2B berfungsi pada platform tidak lama lagi. – UTUSAN

comments

Terkini

spot_img
spot_img