spot_img
spot_img

Pasar pagi dan gerai sarapan tempat favourite calon

spot_img

KUALA LUMPUR: Hari ini masuk hari kedua kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), rata-rata calon mendekati pengundi di kawasan Parlimen masing-masing dengan pelbagai program, antaranya berkunjung ke lokasi tumpuan awam seperti pasar dan premis makanan.

Lokasi tersebut yang sememangnya menjadi tumpuan masyarakat tempatan sejak pagi untuk membeli barangan keperluan dan bersarapan bersama keluarga. Ia adalah lokasi strategik bagi calon menyantuni dan mendekatkan diri dengan pengundi.

Calon penyandang tentunya sudah dikenali, manakala calon baru bertanding di sesuatu kawasan tersebut pastinya mahu lebih rapat ‘menyentuh’ para pengundi.

- Advertisement -

Penyandang Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri, hari ini memulakan kempen dengan menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Sehari Kerayong.

Terkenal dengan sikapnya yang mesra khususnya terhadap kanak-kanak, calon Barisan Nasional (BN) itu dilihat tidak kekok mendekati masyarakat, malah sering disapa ‘atok’.

- Advertisement -

Gagasan Keluarga Malaysia yang dicetuskan Ismail Sabri pada Oktober 2021, diterjemahkan dalam setiap programnya termasuklah ketika berkempen.

Seorang lagi penyandang kerusi parlimen, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof dilihat menyantuni beberapa gerai sarapan pagi dan melawat kawasan punca banjir. Beliau sememangnya tidak asing lagi di Alor Gajah kerana menjadi wakil rakyat Melayu pertama berkhidmat sejak tujuh penggal di pimpin ahli parlimen MCA.

Hashtag khidmat rakyat beliau ialah #PakWanAda sememangnya bukan sekadar hanya perkataan, tetapi terbukti apabila setiap minggu beliau akan kembali ke kawasan berjumpa masyarakat dan mengimarahkan masjid-masjid.

Masyarakat bukan Melayu di Alor Gajah juga tidak asing dengan beliau yang merupakan seorang ahli parlimen yang sederhana, mesra semua golongan masyarakat dan boleh membawa pembangunan di kawasan itu berdasarkan latar belakang korporatnya.

Calon Parlimen Sepang Datuk Seri Rina Mohd Harun turut mendekati pengundi di kawasannya dengan menyantuni lebih 50 pelanggan yang memanfaatkan cuti hujung minggu bersarapan bersama keluarga di Pusat Penjaja Taman Putra Perdana, Puchong.

Calon Perikatan Nasional (PN) daripada Bersatu yang berasal dari Sepang itu, diibaratkan bagai sirih pulang ke gagang pada PRU kali ini, setelah sebelum ini beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa.

Pantang berundur sebelum berjuang; calon BN Khairy Jamaluddin di Sungai Buloh, yang menyifatkan gelanggang PRU15 sebagai pertarungan paling sengit dalam karier politiknya, tetap giat berkempen bagi memikat pengundi di kawasan baharu yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan UMNO.

Wakil rakyat Rembau selama tiga penggal itu memulakan agenda dengan bersarapan di sebuah restoran nasi kandar terkenal di Kota Damansara sebelum memeriahkan Program Kacau Wajik Durian anjuran Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kampung Paya Jaras Tengah.

KJ dilihat mendapat sambutan seperti ‘bintang’ di Sungai Buloh. Hashtag KJ4SB dilihat mendapat sambutan luar biasa penduduk dan para netizen.

Selain itu, calon Pakatan Harapan daripada PKR di Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula melakukan beberapa walkabout di pasar pagi, pusat penjaja dan premis makanan di kawasan itu seawal 9 pagi tadi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dijadualkan menghadiri program santai bersama anak muda dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Tadika Perpaduan Sri Pulau Pinang.

Berbeza dengan calon lain, calon BN di Parlimen Seputeh Lee Kah Hing pula menggunakan pendekatan gaya hidup sihat dengan bersenam bersama komuniti di Taman Bukit Jalil, sebelum singgah di pasar pagi OUG untuk beramah mesra dengan peniaga dan pengunjung.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img