spot_img
spot_img

UMNO gugurkan keahlian calon bertanding parti lawan

spot_img

KUALA LUMPUR : UMNO telah meneliti senarai calon-calon yang telah mengemukakan pencalonan dan diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata berdasarkan laporan yang diterima, terdapat ahli-ahli UMNO yang menjadi calon, pencadang dan penyokong kepada parti lawan.

“Sehubungan itu, keahlian mereka di dalam UMNO dengan ini tergugur secara automatik sesuai dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO.

- Advertisement -

“Ingin ditegaskan, berdasarkan Fasal 20.11 ini, UMNO akan memantau secara berterusan sekiranya terdapat mana-mana ahli yang terlibat dengan aktiviti menyokong calon parti lawan, sepanjang tempoh kempen PRU-15 dan tindakan memecat keahlian mereka akan diambil serta merta.

“UMNO tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan khianat oleh mana-mana ahlinya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Hari ini kempen sempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bermula dengan penamaan calon dibuka pukul 9.00 hingga 10.00 pagi di seluruh negara.

- Advertisement -

Proses penamaan calon melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Perak yang melibatkan 59 kerusi, Pahang (42) dan Perlis (15).

Parlimen ke-14 dibubarkan pada 10 Okt lepas bagi memberi laluan kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan semula dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 19 Nov dan pengundian awal pada 15 Nov.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img