spot_img
spot_img

Sarah Atiqah berdepan enam calon lelaki di Parlimen Kota Raja

spot_img

SHAH ALAM : Calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Sarah Atiqah Zainal Arif merupakan satu-satunya calon wanita di kerusi Parlimen P111 Kota Raja.

Parlimen Kota Raja kali ini bakal menyaksikan pertandingan lapan penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Penyandang kerusi tersebut, Mohamad Sabu dari Pakatan Harapan (PH) yang turut dicalonkan semula dicabar oleh calon Perikatan Nasional (PN), Mohamed Diah Baharun; Gerakan Tanah Air (GTA), Fahmi Bazlan Muda dan Barisan Nasional (BN), Kajendran Doraisamy.

- Advertisement -

Selain itu, tiga calon bebas turut bertanding kali ini iaitu Kumar Kararanedi, P Raveentharan Periasamy dan Surendhar Selvaraju.

Pengumuman rasmi senarai calon itu dilakukan Pengarah Pengurus Pilihan Raya Bahagian Kota Raja, Mohd Rashidi Ruslan di Dewan MBSA Kemuning Utama, dekat sini, hari ini.

Kira-kira 800 penyokong parti bertanding berkumpul di hadapan dewan itu sejak jam 8 pagi tadi.

- Advertisement -

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Mohamad memenangi Parlimen Kota Raja dengan majoriti 71,142 undi. Beliau yang memperoleh 90,697 undi menewaskan calon Pas, Mohamed Diah Harun (19,555) dan calon BN, V Gunalan (17,874

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img