spot_img
spot_img

PRU15 : Musuh BN belum sepakat, tiada satu parti dapat 2/3 ..

spot_img

Kuala Lumpur 30 Oktober : Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menyifatkan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) bersikap sombong apabila menolak untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti. GTA cuba bekerjasama dengan kedua-dua gabungan parti politik itu kerana ramai yang melihat ia mampu membawa kemenangan dalam berdepan Barisan Nasional (BN).

Bekas Perdana Menteri 2 kali itu berkata, pemimpin-pemimpin dari kedua-dua parti politik itu masih dengan angan-angan seronok menjadi menteri dan mementingkan jawatan semata-mata, kerana itu tidak mahu menerima hakikat bahawa jika tidak bersatu, maka BN akan memenangi PRU15 kali ini.

Di Marang pula, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan tetap bertanding mempertahan kemenangannya di Parlimen Marang dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun faktor umur dan kesihatan yang tidak begitu baik. Perkara ini disahkan oleh anak sulungnya, Dr. Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk

- Advertisement -

PKR meletakkan 40 calon baharu pada PRU15 ini kerana yakin dengan bancian oleh Ilham Centre yang mendapati sebanyak 55 peratus pengundi yang mengundi kerana faktor parti pada PRU14 telah menurun. Trend itu dapat dilihat semasa PRK dan PRN sebelum ini. Namun mereka masih menggunakan Anwar Ibrahim sebagai ayam tambatan untuk menjadi Perdana Menteri bagi gabungan itu.

Perkembangan lain dari orang bukan politik iaitu dari kaca mata pemerhati politik, mereka menjangkakan keputusan PRU15 mungkin tergantung apabila tiada satu parti pun yang berupaya mencapai majoriti mudah atau sekurang-kurangnya 112 kerusi, sekali gus menuntut satu jajaran atau kerjasama politik bagi membentuk kerajaan Pusat. Pendapat ini  dilontarkan oleh Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Dr. Jeniri Amir yang dipetik dari Utusan.

Oleh itu katanya parti-parti politik dari Sabah dan Sarawak akan jadi penentu dalam pembentukan Kerajaan Persekutuan yang baharu.

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img