Kuala Lumpur : Tan Sri Abang Johari Tun Openg atau dikenali sebagai Abang Jo yang telah menukar gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier Sarawak dikecam warga net berhubung komen berkenaan pas bekerja di negeri itu. Rata-rata rakyat Malaysia yang membalas komen itu di facebook memberi komen yang negatif terhadapnya.
Sebelum itu, Abang Jo dilaporkan oleh Awani sebagai berkata, permit kerja untuk tempoh lima tahun yang meliputi golongan profesional dari luar Sarawak yang bertugas di negeri itu dalam semua sektor ekonomi
tidak perlu lagi memperbaharui permit kerja setiap tahun. Ia terus dibuat selama 5 tahun.
Objektif melanjutkan pas kerja tersebut adalah dengan berharap lebih ramai ahli profesional boleh bekerja dan tingga lebih lama di Sarawak.
Namun backlash dari rakyat Malaysia memandang kenyataan itu sebagai tiada semangat Malaysia sebagai sebuah negara, malah seperti negara yang berbeza.
Tambah Abang Jo, kerajaan negeri boleh melaksanakan peraturan tersebut kerana imigresen adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Namun terdapat penyokong atas polisi ‘lapuk’ ini oleh warga net berketurunan Sarawak.
Pakar dalam bidang berkenaan undang-undang dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM) yang tidak mahu namanya disiarkan berkata, sebenarnya polisi ini tidak membantu ekonomi Sarawak dan juga semangat negara Malaysia sebagai persekutuan.
”Abg Jo perlu sedar bahawa ramai rakyatnya yang keluar dari negeri itu di Semenanjung bebas bekerja tanpa permit semua kerana kita adalah satu negara, sebaliknya pekerja Semananjung ke sana adalah sangat rendah kecuali dalam bidang minyak dan gas sahaja. Sarawak bukan negeri berpendapatan tinggi untuk ramai orang berhijrah ke sana”, katanya.
Beliau menambah ini hanya sekadar cakap ahli politik negeri itu yang ingin memainkan sentimen kenegerian untuk terus kekal mendapat sokongan dengan dakwaan kononnya Sarawak perlu ‘istimewa’ dan tidak dieksploitasi oleh orang Semenanjung.
”Inilah terjadi jika kerajaan Persekutuan menjadi lemah. Maka semua kena turut kehendak negeri-negeri ini. Ketua Menteri pun tukar jadi Premier macam Perdana Menteri kononnya”, ujarnya yang menyeru supaya Kerajaan Persekutuan bertindak lebih tegas dalam soal perpaduan negara Malaysia dan tidak memberi ruang dalam unsur-unsur pengasingan negeri sama ada oleh ahli politik atau sultan.