spot_img
spot_img

10 Kemungkinan Negatif Jika BN/PH/PN/Pejuang Kembali Berkuasa

spot_img

*Pertama:*

BN : Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menjadi Perdana Menteri;

PH : Presiden PKR Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri

- Advertisement -

PN : Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri

Pejuang : Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri

*Kedua:*

- Advertisement -

BN/PH/Pejuang : Institusi Kehakiman dan Peguam Negara dikawal serta dilemahkan;

PN : Belum pernah melantik atau terlibat dalam urusan Institusi Kehakiman dan Peguam Negara dalam pentadbiran yang singkat tempohari, hanya menyambung legasi kerajaan PH.

*Ketiga:*

BN : Najib dibebaskan dari Penjara dan Zahid Hamidi bebas dari pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa. Kluster mahkamah baru muncul dari kalangan parti lawan.

PH : Kes Lim Guan Eng, Bekas Peguam Negara Tommy Thomas, Syed Saddiq dan lain-lain akan digugurkan.

PN : Meneruskan semua kes pemimpin BN dan PH. Desas-desus kes semasa darurat PKP tidak akan dibangkitkan.

Pejuang : Memastikan semua pemimpin politik yang didakwa, seteru politik terus masuk ke dalam penjara.

*Keempat*:

BN : Malaysia akan mencontohi kegagalan Sri Lanka. Rasuah berleluasa dan kehancuran tatakelola urusan negara;

PH : Ekonomi berdasarkan merit. Yang kaya dan kuat akan lebih terjamin. Melayu akan ketinggalan. Jadi seperti Singapura.

PN : Ekonomi lembap. Kerajaan berkebajikan seperti memberi duit sara hidup dan barang makanan. Pendidikan dan ekonomi terkebelakang.

Pejuang : Kroni-kroni lama dan taikun Tun Dr Mahathir akan kembali berkuasa. Menyebabkan kurangnya kelahiran tokoh usahawan baru.

*Kelima:*

BN/PH/PN/Pejuang: Ekonomi gagal dipulihkan. Kos Sara Hidup terus meningkat. Nilai Ringgit semakin jatuh, inflasi naik melonjak, bekalan makanan terputus, pelaburan langsung asing (FDI) semakin merosot, hasil negara berkurang tetapi hutang negara yang kini lebih RM1 trilion terus meningkat;

(berdasarkan sebelum PRU14 dan selepas kerajaan PH/PN)

*Keenam:*

BN : Malaysia akan jadi Negara gagal dalam semua segi. Politik tidak stabil kerana dasar pecah perintah menggunakan isu kaum dan agama;

PH : Negara akan dikuasai oleh satu kaum yang kaya sahaja dan orang Melayu akan ketinggalan.

PN : Rakyat menjadi miskin kerana dasar ekonomi yang lemah. Rakyat hanya mengharap bantuan makanan asas dan kotak makanan.

Pejuang : Kroni-kroni kerajaan bertambah kaya, peluang pekerjaan mungkin bertambah tetapi keyakinan pelabur juga berkurangan kerana jangka masa Tun Dr Mahathir mentadbir mungkin pendek.

*Ketujuh:*

BN/PH/Pejuang : Perang melawan Rasuah terbantut. Badan Perundangan (Parlimen), Badan Kehakiman dan Badan Eksekutif akan dikawal. Prinsip pengasingan kuasa dilumpuhkan; (Pemimpin ketiga-tiga parti ini terbukti mengawal institusi-institusi tersebut sebelum ini di era pemerintahan mereka)

PN : Belum terlibat dalam institusi-institusi yang disebut di atas kerana pemerintahan yang singkat dan menyambung legasi kerajaan PH

*Kelapan:*

BN/PN/Pejuang : Generasi muda menjadi mangsa. Gelap masa hadapan kerana prospek ekonomi yang malap, peluang pekerjaan suram, pembangunan yang mampan dengan peluang gaji tinggi tidak dapat direalisasi;

PH : Peluang bagi anak muda yang berdaya saing, kuat dan kaya untuk terus ke hadapan berdasarkan meritrokasi. Kaum

Bumiputera akan ketinggalan.

*Kesembilan:*

BN/PN : Malaysia akan terus tercicir dalam persaingan sengit di peringkat rantau ASEAN dan global dalam bidang ekonomi, sosial, Pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar yang lestari;

PH : Menarik pelabur dari Singapura atau China, ekonomi aktif dan agihan kekayaan tidak sekata. Yang mendapat manfaat adalah satu kaum sahaja yang kaya. Kaum Melayu Bumiputera akan ketinggalan dalam kek ekonomi.

Pejuang : Mampu mengembalikan kestabilan ekonomi negara, tetapi sangat terhad dan bergantung kepada Tun Dr Mahathir sahaja.

*Kesepuluh:*

BN : Usaha membina kesatuan Rakyat dalam sebuah negara demokratik serta berintegriti, makmur dan penuh harapan untuk menghadapi masa hadapan tidak mungkin tercapai;

PH : Mengamalkan integriti terpilih. Mengkayakan satu kaum yang kaya sahaja. Meritrokasi diamalkan

PN : Integriti dilihat terjamin. Tetapi semua aspek pembangunan ekonomi dan pendidikan akan perlahan serta terkebelakang

Pejuang : Mengamalkan integriti terpilih dan mengkayakan tokoh-tokoh perniagaan lama.

*Kesimpulan:*

Ini adalah faktor-faktor negatif yang ada pada parti politik negara pada PRU15 kali ini.

Sekarang adalah masa yang sukar untuk Rakyat Malaysia membuat keputusan.

Penulisan : 2×5

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img