spot_img
spot_img

Tinggalkan PH kerana tuntutan tidak munasabah – Muhyiddin

spot_img

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa tindakan beliau meningggalkan Pakatan Harapan (PH) adalah kerana tidak tahan dengan tuntutan yang dibuat dalam gabungan itu.

Muhyiddin, yang kini Pengerusi Perikatan Nasional (PN), berkata tuntutan PKR dan DAP dianggap tidak sesuai dan bercanggah dengan agama, bangsa dan negara.

“Saya tidak kisah dipanggil pengkhianat, (tetapi) saya tidak akan mengkhianati rakyat, bangsa, agama dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

- Advertisement -

Muhyiddin, yang merupakan bekas timbalan perdana menteri di bawah kerajaan pimpinan Umno sebelum ini berkata beliau dipecat daripada gabungan itu kerana kenyataannya terhadap skandal 1Malaysian Development Bhd (1MDB).

“Saya ‘dipecat’ kerana kenyataan saya mengenai 1MDB, yang bertukar menjadi salah satu kes rasuah terbesar dalam sejarah negara. Ia juga telah mencemarkan nama baik Malaysia.

“Kita (Malaysia) pernah dikenali sebagai Harimau Asia dan kejayaan besar kita. Namun kini ramai yang malu untuk mengaku sebagai rakyat kerana rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pemimpin negara,” katanya.

- Advertisement -

Tambah beliau,  pemimpin sebaliknya harus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara serta membawa mereka ke arah ‘hala tuju’ yang berjaya.

“Ini bermakna tugas dan tanggungjawab seorang pemimpin harus dilaksanakan dengan sebaik mungkin, jangan sesekali pecah amanah kerana ia dianggap sebagai satu dosa besar.

“Saya (juga) tahu ramai yang masih terkial-kial akibat pandemik Covid-19. Insya-Allah, kita akan sedaya upaya untuk berkhidmat untuk kepentingan rakyat jika kita boleh membentuk kerajaan,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img