spot_img
spot_img

Tiga TPM jika BN Menang – Zahid Hamidi

spot_img

SHAH ALAM :Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tiga jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan diwujudkan jika BN diberikan mandat menerajui kepimpinan negara dalam PRU15 akan datang.

Zahid berkata BN akan melantik wakil dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung untuk mengisi jawatan TPM dan perancangan ini akan dimasukkan dalam manifesto BN sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

“Dalam konteks negeri ini, cadangan terbabit akan dimasukkan dalam manifesto BN Sabah sebelum PRU15,” katanya pada sidang media selepas Perasmian Program Gelombang Biru BN Zon 3, di Papar, Sabah.

- Advertisement -

Presiden UMNO itu berkata jawatan tiga TPM itu boleh juga digunakan oleh BN Sabah dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai manifesto di peringkat negeri.

“Saya yakin Perdana Menteri akan terima cadangan ini kerana jawatan TPM tidak ada dalam Perlembagaan, itu sebabnya. Sebelum ini, hanya ada empat jawatan menteri kanan.

“Jadi tidak mustahil tiga jawatan TPM diwujudkan sekiranya BN menang dengan dominan. Jawatan itu akan disandang oleh mana-mana pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung,” katanya.

- Advertisement -

Zahid turut mencadangkan BN Sabah memasukkan perkara tersebut di dalam manifestonya selain peruntukan dari kerajaan Persekutuan disalurkan terus kepada kerajaan negeri sekiranya BN dominan dalam pembentukan kerajaan.

“Saya cadangkan agar Pengerusi BN Sabah memohon kepada kerajaan Persekutuan agar peruntukan yang selama ini disalurkan melalui kementerian di peringkat Persekutuan agar dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

“Ia boleh disalurkan melalui kementerian, jabatan dan agensi kerajaan negeri agar pelaksanaannya boleh dibuat oleh mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, jalinan kerjasama BN bersama GRS telah mencapai kata sepakat dan kedua-dua gabungan bakal membantu satu sama lain dalam menghadapi PRU15.

“BN tidak akan bertembung dengan GRS dalam soal pembahagian kerusi Parlimen, tidak ada pertembungan. Di mana BN bertanding, GRS tidak akan bertanding.

“Selain itu, kita ada formula (pembahagian kerusi) yang telah dipersetujui oleh Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi GRS. Formula itu akan diumumkan Bung Moktar dan Hajiji dalam waktu terdekat ini,” katanya.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img