spot_img
spot_img

Ram Karpal diserang penduduk

spot_img

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dikecam penduduk Kondominium Tanjung Court, Ayer Itam di Pulau Pinang kerana didakwa gagal membantu mereka dalam permohonan untuk mendapatkan tangki air baharu sejak empat tahun lalu.

Luahan penduduk terhadap pemimpin DAP itu disiarkan dalam rakaman video berdurasi 2 minit 46 saat yang tular dalam media sosial termasuk laman Facebook Penang Indian Networks.

Malaysia Gazette melaporkan, Seorang lelaki yang mewakili penduduk mendakwa, dia telah berulang kali meminta Ramkarpal datang ke kondominium tersebut sejak 2018 untuk melihat masalah mereka yang terpaksa meminum air yang kurang bersih.

- Advertisement -

“Dia tidak ambil peduli,” katanya dalam nada yang tinggi di hadapan Ramkarpal dan beberapa individu lain di hadapan pejabat perbadanan pengurusan Kondominium Tanjung Court.

Tambah lelaki berkenaan, PH telah berjanji untuk menyelesaikan masalah tangki air itu pada Mac 2018.

“Sehingga kini, ia tidak disiapkan. Empat tahun… janji dicapati. Kita terpaksa menunggu dan menunggu,” katanya.

- Advertisement -

Ramkarpal kemudian memberitahu, tujuannya datang adalah untuk menjelaskan tentang apa yang berlaku.

Beliau turut berjanji untuk menangani isu yang dihadapi penduduk kondominium berkenaan dalam masa seminggu daripada tarikh perjumpaan itu.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img