spot_img
spot_img

Pengasas bersama Red Bull meninggal

spot_img

Minumam tenaga tidak begitu popular di dunia barat, lebih-lebih lagi jika jenama baru. Tetapi Dietrich Mateschitz menggunakan kebijaksanaan pemasarannya untuk menciptan nama Red Bull dan kemudian, melalui kejayaan minuman itu, melompat melonjakkan minuman tenaga di dunia barat dan global.

Mateschitz, yang membina kekayaan berbilion dolar dalam proses itu, telah meninggal dunia pada usia 78 tahun. Syarikat Red Bull mengumumkan kematiannya di laman web, dengan menyatakan mereka bersedih mengenai pemergiannya. Red Bull berkata rasa syukur atas apa yang mendiang usahakan , menggerakkan, menggalakkan dan memungkinkan begitu ramai individu mencapai kejayaan melalui jenama itu. Namun syarikat tidak mendedahkan punca kematian.

Mateschitz, warganegara Austria, terjumpa minuman tenaga itu semasa melancong ke Asia sebagai eksekutif pemasaran untuk firma produk pengguna Jerman Blendax pada tahun 1980-an. Pada tahun 1987 beliau membentuk Red Bull dengan kerjasama ahli perniagaan Thai Chaleo Yoovidhya, mengambil 49% kepentingan. Air yang dianggap sebagai minuman sirap manis Asia, biasanya dijual dalam botol kaca coklat. Kemudian sebagai rakan kongsi, beliau menjenamakannya dengan pengkarbonan serta tin biru dan perak yang menarik perhatian, dihiasi dengan nama minuman itu.

- Advertisement -

Red Bull, yang dikaitkan dengan sukan pengembaraan, lasak dan kehidupan pantas, menaja pertandingan meluncur, Formula 1, perlumbaan merentas benua dan desa, berbasikal dan banyak lagi. Syarikat yang berpangkalan di Austria itu mempunyai hampir $8 bilion (7.8 bilion Euro) dalam hasil pada tahun 2021 dan menjual 9.8 bilion tin Red Bull. Forbes menganggarkan kekayaan Mateschitz sebanyak $20.2 bilion; dia adalah orang ke-71 terkaya di dunia semasa kematiannya. Rakan kongsi Thainya pula, Yoovidhya meninggal dunia pada 2012; anaknya Chalerm, 71, menjalankan perniagaan keluarga-dengan 51% pegangan dalam Red Bull-dan dianggarkan bernilai $24.7 bilion.

(Chalerm Yoovidhya- dua dari kanan)

Mateschitz juga memiliki Red Bull Racing, sebuah pasukan perlumbaan Formula 1 di England. Pada tahun 2003, dia membeli sebuah pulau di Fiji, Laucala, daripada keluarga Forbes dengan harga yang tidak didedahkan dan menukar pulau seluas 2,950 ekar itu menjadi resort yang sangat mewah–dengan hanya 25 vila di pulau itu– yang dibuka pada 2009. Mateschitz menyukai untuk pergi sekali atau dua kali setahun selama beberapa minggu pada satu masa. Pada 2013, Forbes melaporkan bahawa Mateschitz membelanjakan $1.7 juta untuk kapal selam ekstrem untuk digunakan oleh tetamunya di Laucala. Kembali ke Austria, dia juga memiliki Hangar-7, sebuah pusat acara yang terletak di perkarangan lapangan terbang Salzburg yang menempatkan koleksi pesawat bersejarahnya, Flying Bulls.

Mateschitz tinggal di Salzburg, dilaporkan hidup dengan teman wanita yang dijalin hubungan sekian lama. Dia meninggalkan seorang anak lelaki tunggalnya, Mark.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img