spot_img
spot_img

PRU15 : Pergelutan Pejuang Johor selesai dengan perletakan jawatan Shahruddin

spot_img

JOHOR BHARU, 18 Okt — Pergolakan dalam kepimpinan tertinggi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Johor akhirnya selesai bagi satu episod, selepas jawatankuasa pusat parti itu menerima peletakan jawatan Pengerusi Kepimpinan Negeri Johor, Datuk Shahruddin Md Salleh..

Sumber menyebut bahawa Shahruddin sebenarnya telah menyerahkan peletakan jawatannya kepada jawatankuasa pusat dan pengerusi parti Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos lalu.

Ekoran itu, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil alih jawatan tersebut, manakala timbalan ketua negerinya Nornekman Osman akan mengekalkan jawatannya.

- Advertisement -

Nornekman juga dilantik sebagai ketua GTA Johor dan Mukhriz dinamakan sebagai penasihat gabungan itu untuk negeri Johor.

Datuk Shahruddin penyandang ahli parlimen Sri Gading, yang dimenangi atas tiket Bersatu sebelum melompat ke Parti Pejuang

Pejuang berharap dengan perlantikan baharu ini, ia akan dapat menyatukan dua puak utama Pejuang di Johor.

- Advertisement -

Sumber yang tidak mahu dikenali berkata Shahruddin, telah meletak jawatan daripada Pejuang kerana perbezaan dengan kepimpinan bahagian negeri parti itu. Beliau dikatakan ‘orang Tun Dr Mahathir’ manakala Nornekman merupakan pengikut setia Mukhriz.

Satu lagi sumber parti menjelaskan bahawa peranan Mukhriz di Johor adalah untuk menyatukan puak yang diketuai oleh Nornekman serta mereka yang sebelum ini setia kepada Shahruddin.

Sumber yang sama berkata bahawa pelantikan Mukhriz dan Nornekman adalah dialu-alukan oleh ahli untuk meremajakan bahagian negeri parti.

Pejuang di Johor menyaksikan rekod kekalahan buruk semasa pilihan raya negeri pada Mac di mana parti itu kalah kesemua 42 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Sebagai parti berasaskan Melayu-Islam, Pejuang dan gabungan GTAnya melihat Johor, terutamanya kawasan luar bandar Melayunya, sebagai negeri yang penting bagi mereka.

Bagaimanapun, penyertaan Pejuang dalam pilihan raya negeri Johor baru-baru ini mendedahkan kelemahan mereka di negeri itu serta bergelut untuk menjadi relevan kerana sokongan Melayu-Islam perlahan-lahan kembali kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas PRU14 pada 2018.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img