spot_img
spot_img

PRU15 : KJ Aset UMNO, PN satu-satunya parti bersih

spot_img

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melantik semula Khairy sebagai Menteri Kesihatan sekiranya beliau kekal sebagai Perdana Menteri. Itu sahaja sudah cukup jelas menunjukkan bahawa pemimpin berusia 46 tahun itu merupakan ‘aset besar’ dan BN tidak boleh kehilangannya.

KHAIRY Jamaluddin juga secara terbuka menyerahkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya selama tiga penggal untuk ditandingi kali ini oleh Datuk Seri Mohamad Hasan dalam suasana kekeluargaan dan mesra semasa Persidangan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau yang diadakan kelmarin.

KJ menunjukkan sikap budiman dan kesetiaannya kepada UMNO malah ia adalah pengorbanan cukup besar buatnya kepada parti itu.

- Advertisement -

Di Pulau Pinang pula, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata hanya PN sahaja yang rakyat perlukan untuk mentadbir negara kerana gabungan itu melambangkan kerajaan yang prihatin, kerajaan yang cekap, dan kerajaan yang bersih untuk selesaikan, dan pastikan fokus kepada rakyat.

(Datuk Wan Saiful Wan Jan)

Belaiu berkata walaupun pertandingan PRU15 ini akan menyaksikan banyak penjuru, namun hanya ada satu saja pilihan (parti) yang bersih dan ikhlas, iaitu PN.

Beliau turut menyokong Tan Sri Muhyiddin untuk menjadi Perdana Menteri semula kerana benar-benar memberi fokus kepada kebajikan rakyat, manakala calon PM dari parti lain hanya kerana ‘tergila-gilakan’ jawatan itu dan ingin lari dari tuduhan mahkamah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img