spot_img
spot_img

PRU15 : Gabungan menang perlu dominan untuk bentuk kerajaan kukuh

spot_img

Barisan Nasional (BN) perlu menang besar dan menjadi parti dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) supaya tidak bergantung kepada sokongan parti lain untuk membentuk kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Tambah beliau lagi, pengalaman lalu membuktikan bahawa kebergantungan kepada sokongan pihak lain tidak mampu menjamin kepada kestabilan politik negara dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

“Jadi kali ini (PRU15), kita kena jadi dominan. Yang terbaik jangan kita mengharapkan orang lain tapi kita yang menentukan hala tuju negara.

- Advertisement -

(Ismail Sabri di Bera – foto Utusan)

“Sebab itu kita kena menang kali ini, kita kena bentuk kerajaan walaupun tidak dapat dua pertiga, bila kita menjadi dominan mudah kita membuat keputusan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Bera di Dewan Konvensyen Bera, di sini hari ini.

- Advertisement -

“Peringkat awal dulu, semasa saya menjawat jawatan Perdana Menteri suasana politik negara tidak stabil sehingga ia mampu distabilkan dan kita dapat memulihkan ekonomi.

“Tapi akhir-akhir menjelang pilihan raya (PRU15), kita nampak parti-parti temasuk dalam gabungan kerajaan (Keluarga Malaysia)  ada agenda masing-masing. Terdapat kritikan secara terbuka dan saya boleh bayangkan kalau lebih lama, lagi banyak asakan dan saya tidak boleh takbir kerajaan dengan sempurna,” katanya.

Beliau dalam pada itu hairan pembangkang tidak bersetuju dan marah apabila Parlimen dibubarkan kerana selama ini mereka meragui keabsahan kerajaan.

“Selama ini juga pembangkang persoal dan tuduh kerajaan yang ada sebagai kerajaan tebuk atap dan pintu belakang. Jadi bila kita bubar, mereka sepatutnya sokong mandat kembali diserahkan kepada rakyat. Patut mereka tepuk tangan lebih awal,” katanya.

Sementara itu laporan dari Utusan Malaysia, Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, pembentukan kerajaan majoriti mudah berasaskan ikatan yang rapuh, bukan sahaja tidak stabil malah berisiko dijatuhkan pada bila-bila masa.

Katanya, meskipun negara mempunyai Akta Antilompat Parti bagi menghalang wakil rakyat menyertai parti lain, undang-undang tersebut tidak menghalang parti dalam kerajaan menarik sokongan.

Justeru, beliau berpandangan, parti yang bertanding perlu menang dengan majoriti besar sekali gus berupaya membentuk sebuah kerajaan yang stabil tanpa mengulangi peristiwa dua kali pertukaran kerajaan dan tiga perdana menteri dalam satu penggal.

Pensyarah Kanan City University Malaysia, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, silih ganti peralihan pentadbiran sejak PRU14 menghakis keyakinan para pelabur asing apabila dasar kerajaan yang berubah-ubah mengikut perancangan pihak pemerintah.

Beliau melihat PRU15 amat dinantikan para pelabur apabila mereka hanya tunggu dan dilihat untuk memasuki Malaysia untuk melabur selepas melihat dasar kerajaan baharu yang bakal dirangka kelak.

Katanya, kestabilan politik merupakan asas penting kepada keyakinan pelabur dan pengukuhan ekonomi setelah melihat keupayaan pentadbiran untuk membentuk dasar tetap dan tidak berubah.

Pasca PRU14 menyaksikan 3 Perdana Menteri bertukar. Ia menjejaskan pentadbiran, suasana politik dan iklim ekonomi negara. Namun penganalisis masih mendapati samar-samar bahawa PRU15 dapat memberikan kepada mana-mana gabungan untuk menjadi dominan. Ini kerana kaum majoriti iaitu Melayu terpecah kepada beberapa parti seperti UMNO, PAS, PKR, Bersatu dan juga GTA (Pejuang). Kaum minoriti bukan Melayu seperti Cina dan India dijangka kekal dengan Pakatan Harapan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img