spot_img
spot_img

PRU15 : PAS guna logo sendiri

spot_img

Alor Setar 14 Oktober : “Ketidakbersamaan dalam kesepakatan”. Itulah perkataan yang boleh dirungkai dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh PAS. Mereka meninggalkan panji PN kerana lebih yakin untuk menang jika menggunakan jenama sendiri.

Menurut beberapa akhbar hari ini melaporakan bahawa lambang bulan purnama PAS berlatar belakang hijau lebih dikenali dalam kalangan penyokong di Terengganu, Kelantan dan Kedah.

“Negeri-negeri lain (selain Kedah, Terengganu dan Kelantan), tidak mengapa, kita maafkan (tidak guna bendera PAS). Apa yang penting, kita mengajak semua orang Islam, bukan Islam untuk menolak penerima dan pemberi rasuah,” lapor Utusan Malaysia yang menenuramah Abdul Hadi di Marang, Terengganu tadi.

- Advertisement -

Tetapi beliau juga berkata PAS akan membincangkan keputusannya untuk menggunakan logo “bulan” dengan rakan kongsi PN Bersatu.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pada Julai lalu bahawa Bersatu dan PAS akan menggunakan logo PN itu untuk PRU15.

(Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin)

BN UMNO kekal bergerak sendirian tanpa PAS apabila parti itu kekal memilih PN sebagai gabungan pilihanraya kali ke 15.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img