spot_img
spot_img

PRU 15 : Bersama PN memberi kelebihan besar kepada PAS

spot_img

Johor Bahru 13 Oktober : Keputusan muktamad PAS untuk terus kekal bersama Perikatan Nasional (PN) dan mengetepikan tiga syarat utama UMNO untuk bersama adalah suatu perkiraan yang menguntungkan parti itu.

Ir Ismail Ibrahim dari gerakan Pusat Komuniti Bijak Johor Bahru berkata, pertembungan 1 lawan 1 dengan UMNO di negeri-negeri PAS iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan amat penting bagi kesinambungan kekuatan PAS.

“PAS tidak boleh hilang pengundi Melayu di tiga negeri ini. Mereka tahu Bersatu juga ada pengundi Melayu. Jadi pengundi-pengundi ini diperlukan semuanya untuk mengatasi pengundi Melayu dari UMNO supaya PAS kekal mentadbir kerajaan negeri di sana”, ujar beliau.

- Advertisement -

Tambahnya lagi, PAS juga boleh bersama dengan UMNO untuk mendapat undi Melayu dengan lebih banyak, tetapi jika MN (Muafakat Nasional) menang, akan menjadi persoalan siapa yang akan mengetuai kerajaan di negeri-negeri tersebut. Pastinya UMNO akan menjadi Menteri Besar di Kedah dan Terengganu dan PAS hanya kekal di Kelantan.

Oleh itu, dalam rasional ini, Ir Ismail melihat apabila PAS bersama PN, mereka dapat menguasai kerajaan negeri-negeri itu semula. Ini kerana parti komponen PN lain tidak signifikan bilangannya di sana.

“Bagi negeri-negeri di pantai Barat seperti Selangor, Melaka atau Johor, kehadiran PAS tidak banyak memberi impak kepada parti komponen PN lain. Bersatu sebagai contoh perlu berdiri atas kaki sendiri di negeri-negeri pantai barat ini. Jika tidak keputusan PRN Melaka dan Johor akan berulang”, kata Ir Ismail.

- Advertisement -

Beliau juga tidak menolak kemungkinan PAS akan kembali bersama UMNO selepas PRU15 jika mereka mempunyai sejumlah kerusi Parimen yang lebih tinggi dari parti komponen PN lain, yang boleh membentuk kerajaan bersama BN.

Kesimpulannya, Ir Ismail berkata UMNO akan menghadapi tugas berat di Kedah dan pantai timur, manakala PAS boleh menjadi parti yang dominan dan mengetuai PN pada pasca PRU15 kelak. Ia percaturan yang bijak buat PAS.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img