spot_img
spot_img

Kalori makanan akan dipamer di restoran

spot_img

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan projek rintis pelabelan menu makanan agar maklumat kalori setiap makanan dipamerkan di kafeteria dan restoran mulai tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebagai permulaan projek itu akan dilaksanakan di kafeteria dan restoran sekitar Putrajaya sebelum ia diperluaskan ke seluruh negara dan ia tidak akan melibatkan perubahan menu yang dijual.

Beliau berkata, segala persediaan termasuk maklumat pemakanan akan disediakan KKM bagi memudahkan pengusaha kafeteria dan restoran serta tidak perlu mengeluarkan kos bagi mendapatkan konsultan untuk melabel menu yang dijual.

- Advertisement -

Projek rintis ini yang dijadual berjalan sekitar enam bulan hingga setahun itu akan dinilai sebelum Dasar Pelabelan Menu Makanan putuskan untuk diwajibkan atau sebaliknya.

“Kementerian akan melihat data dan kejayaan polisi ini sebelum membuat keputusan Dasar Pelabelan Menu Makanan,” katanya.

 

- Advertisement -

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img