spot_img
spot_img

Sultan Selangor perkenan pentadbiran negeri diteruskan

spot_img

Kuala Lumpur : Susulan pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada 10 Okt lepas, pelbagai reaksi diterima oleh pemimpin negeri dan parti politik.

Terbaru, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari mengesahkan  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan agar pentadbiran negeri Selangor diteruskan.

” Saya telah menghadap DYMM Sultan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam pagi ini dalam sesi menghadap berjadual,” katanya dalam satu kenyataan.

- Advertisement -

Tambah Amiruddin, beliau telah menyembah maklum komitmen dan persiapan Kerajaan Negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor, usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.

” DYMM Tuanku berkenan pentadbiran negeri diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke-15.

- Advertisement -

Bagaimanapun Tuanku menzahirkan rasa kecewa dengan perkembangan politik semasa justeru tidak mempunyai pilihan selain memperkenankan permintaan Perdana Menteri bagi memulangkan mandat rakyat untuk memilih kerajaan yang stabil.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img