Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan mempertahan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Sumber itu menyatakan Tun Dr Mahathir bukan sebagai calon bakal Perdana Menteri. Calon sebagai wakil rakyat sahaja. Tambah sumber itu lagi, GTA memutuskan tidak menamakan calon bakal Perdana Menteri dari gabungan itu ketika ini kerana ia hanya relevan jika gerakan itu menang pada PRU15 kelak.
(Ahmad Samsuri)
Sementara itu, parti PAS tetap mencari jalan untuk terus bekerjasama dengan UMNO meskipun gagal memenuhi tiga syarat dikemukakan parti itu. Pendirian itu dinyatakan oleh Naib Presiden Pas, Ahmad Samsuri Mokhtar. “..kita rasa tidak boleh berputus asa sehingga ke titik terakhir,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat di ibu pejabat Pas, di sini hari ini.
Di Perak pula, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Padang Rengas lagi. Menurut Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, nama Mohamed Nazri yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Bahagian UMNO Padang Rengas.
Namun sama ada Mohamed Nazri atau selalu dikenali dengan chief akan dipilih sebagai calon di Parlimen Padang Rengas, perkara itu ditentukan oleh pucuk pimpinan parti. Ini merupakan kali ke 7 jika beliau bertanding, tanpa kalah.
(Zahid Hamidi)
“Solo,” demikian jawapan tegas Ahmad Zahid dipetik dari Utusan Malaysia.
UMNO memuktamadkan pendiriannya untuk bergerak solo dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas Pas memutuskan untuk terus bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu ditegaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.