Pengasas bersama Xiaomi Corp, Lei Jun mungkin sibuk melancarkan telefon pintar baharu, tetapi nampaknya dia masih fokus kepada cita-cita pembuatan keretanya.
Ahli perniagaan bertaraf billionaire itu telah meminta rakan-rakan dalam industri automotif untuk membaca buku supaya lebih memahami sektor itu, menurut catatan yang dikongsinya di Weibo, perkhidmatan media sosial Twitter China. Lei secara peribadi menerajui projek bernilai AS$10 bilion untuk membuat kenderaan elektrik berjenama Xiaomi menjelang 2024.
“Tesla memasuki industri EV lebih 10 tahun mendahului kita. Sesetengah orang berpendapat bahawa kita sudah terlepas peluang untuk memasuki pasaran ini, tetapi saya tidak bersetuju. Perlumbaan baru bermula, dan saya rasa Xiaomi mempunyai banyak peluang,” tweet pengasas itu.
Lei merancang senarai buku bacaan sempena cuti Hari Kebangsaan China selama seminggu. Semua terdiri daripada buku biografi. Di antara buku-buku itu ialah biografi berkenaan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Volkswagen AG Ferdinand Piech Auto. Juga banyak tajuk kejuruteraan mengenai pembuatan seperti Toyota Production System: Beyond Large-Scale Production oleh jurutera Taiichi Ohno.
“Ini adalah bacaan yang mudah untuk memahami kisah yang saling berkaitan di sebalik jenama utama seperti Porsche, Bugatti dan Bentley,” Lei menulis mengenai memoir Piech 2002. “Piech melakukan tugas yang hebat dalam membentangkan sejarah industri kereta global.”
Turut termasuk senarai bahan bacaan ialah 1000 Days in Shanghai: The Volkswagen Story oleh Martin Posth, yang membina kilang kereta China-Jerman pertama pada 1980-an, dan Born of This Land: My Life Story oleh pengasas Hyundai Chung Ju-yung.
Sekilas ringkas nama-nama lain yang dikagumi Lei ialah Enzo Ferrari, Billy Durant, Soichiro Honda — seorang yang pernah berada dalam industri automobil sejak abad lalu yang digelar oleh Lei sebagai “wira.”
Usahawan berusia 52 tahun itu, yang juga ketua pegawai eksekutif Xiaomi, telah berkata bahawa EV akan menjadi usaha terakhirnya.
Gergasi teknologi itu sedang mengintai kerjasama pengeluaran dengan Beijing Automotive Group Co. untuk memperoleh lesen membuat kereta selepas masalah mendapat kelulusan daripada pengawal selia China. Tetapi ia kini perlu mengejar pesaing termasuk pemain Big Tech lain seperti Huawei Technologies Co. dan Baidu Inc. serta pembuat kereta tempatan seperti BYD Co. dan Nio Inc.
Lei tetap tidak berputus asa. Beliau berkata baru-baru ini perniagaan EV akan menjadi pemacu utama pertumbuhan berterusan Xiaomi, terutamanya apabila keuntungan berkurangan di tengah-tengah kemerosotan telefon pintar global.