KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, berkata keputusan untuk membubarkan parlimen adalah tidak wajar memandangkan rakyat Malaysia sedang bersiap sedia menghadapi musim Monsun.
“Rakyat sedang bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh, sekarang ini banjir berlaku di Kedah, Sarawak, Sabah dan Perak. Ini menunjukkan bahawa keputusan pembubaran ini adalah Umno memikirkan diri mereka sendiri dan bukannya rakyat, mereka menyelamatkan ahlinya daripada menghadapi sistem kehakiman dan mengekalkan mereka dalam kuasa,” katanya.
Berkongsi pendapat sama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, pengumuman itu amat dikesali dan menyedihkan kerana ia bertentangan dengan semua kehendak majoriti parti politik dan rakyat Malaysia.
“Ini adalah malang bagi apa yang dipanggil ‘Keluarga Malaysia’, mereka mendesak pilihan raya untuk kekal berkuasa dan menghalang ahlinya daripada penjara. Kita akan mengadakan sambutan Deepavali dalam masa terdekat. Ia amat tidak sensitif terhadap mereka yang akan meraikannya dengan mengadakan pilihan raya semasa Deepavali. Bayangkan jika ini berlaku semasa perayaan agama lain?” katanya.
Sementara itu, Penganalisis Politik menepis dakwaan bahawa pilihan raya tidak boleh dilakukan semasa musim tengkujuh di Malaysia.
Penganalisis politik Universiti Tasmania Asia Prof James Chin berkata ” Peruntukan Perlembagaan negera menetapkan pilihan raya umum mesti dilakukan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan, dan semua perbincangan mengenai pilihan raya ini tidak boleh dilakukan semasa musim tengkujuh adalah tidak masuk akal,” katanya.
Chin menambah, sejarah telah menunjukkan, malah setakat Disember 2021, terdapat pilihan raya negeri di Sarawak.
“Saya pasti Sarawak turut terjejas akibat tengkujuh, ini bukan soal sama ada musim tengkujuh atau tidak tetapi ia adalah soal jika mereka boleh kekal berkuasa,” katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, musim tengkujuh atau banjir hanya akan menjejaskan jumlah pengundi yang hanya akan menjejaskan Barisan Nasional (BN) jika jumlah pengundi adalah rendah.