spot_img
spot_img

Ismail Sabri perlu terus mengetuai ‘Keluarga Malaysia’ selepas menang PRU15

spot_img

Putrajaya 10/10: “Pembubaran (parlimen) ini akan menutup mulut mereka yang berkata kerajaan pintu belakang dan tebuk atap”, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri di dalam perutusan khasnya bagi mengumumkan pembubaran parlimen penggal ke 14 petang tadi.

Dengan tenang Perdana Menteri telah menamatkan teka-teki berkenaan bilakah PRU15 akan berlangsung di mana ia telah menyebabkan ketidaktentuan di pelbagai sektor dalam negara selama ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan pada 20 Ogos 2021. Berusia 62 tahun berasal dari Temerloh Pahang. Beliau merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang Sarjana Muda Undang-Undang (LLB).

- Advertisement -

Beliau berkecimpung dalam dunia politik pada tahun 1987 selepas dua tahun berkerjaya sebagai seorang peguam. Jawatan pertama beliau ialah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh dan diangkat menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1995.

Sepanjang 12 bulan beliau mengetuai kerajaan sebagai Perdana Menteri kepada Keluarga Malaysia yang begitu mencabar setelah wabak Covid19 dan gelora politik yang berterusan, beliau dilihat menghadapinya dengan tenang. Berkeperibadian sederhana, tidak bercakap yang sensasi serta tiada skandal-skandal besar peribadi, Ismail Sabri dilihat memberi ‘kententeraman’ kepada seluruh rakyat Malaysia dalam meredakan apa yang terjadi sebelum ini.

Walaupun terdapat kritikan bahawa beliau tidak mempunyai idea, lemah, mewarisi kerajaan serta kabinet dari pentadbiran sebelumnya, tanpa henti beliau berusaha meneruskan pentadbiran negara dalam proses peralihan yang tenang dan berjaya. Inilah kejayaan sebenar Keluarga Malaysia.

- Advertisement -

Menteri-menteri kabinet menjalankan portfolio masing-masing tanpa pertindanan kuasa seperti yang berlaku di zaman pentadbiran PH dan PN di mana semua kerja serta keputusan dilihat terlalu bergantung kepada Perdana Menteri seorang sahaja. Kerajaan Keluarga Malaysia dilihat mendelegasi tugas-tugas menteri-menteri kabinet dengan baik dalam tempoh yang singkat. Mungkin negara selepas ini perlukan seorang Perdana Menteri yang tidak terlalu ‘out shine‘ menteri-menteri bijak yang dilantiknya atau ketua-ketua pentadbiran kerajaan dalam menjalankan tugas mereka.

Ismail Sabri berjaya membawa keluar negara dengan tenteram selepas penutupan sempadan dan ekonomi negara akibat Covid19. Ekonomi mula rancak, pengangguran berkurangan, pelaburan ke dalam negara meningkat dgn ketara dalam 6 bulan ini telah merekodkan RM 47.4 bilion pelaburan asing, dan telah mengungumumkan Bajet 2023 yang merupakan bajet terbesar dalam sejarah negara di mana ia merangkumi dari bayi di dalam perut hinggalah ke orang tua.

Tekanan politik terutamanya dari parti beliau sendiri UMNO yang sering dimainkan media ditangkis dengan bijak oleh Perdana Menteri. Sebanyak dua kali beliau dengan tegas berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden UMNO dan akur dengan akar umbi parti. Beliau tidak ‘melayan’ jolokan-jolokan lain yang berkata beliau menghadapi masalah dengan Top 5 UMNO atau ada dua kem di UMNO. Hari ini Datuk Seri Ismail Sabri telah membuktikannya beliau akur dengan kehendak partinya, untuk memastikan partinya terus menang dan memimpin kerajaan. Bak kata orang politik, “jika tidak pandai menjaga akar umbi sendiri, bagaimana ingin menjaga negara yang lebih besar ?”

Dalam sejarah politik negara juga, Perdana Menteri kesembilan ini berjaya memperoleh persefahaman dengan pihak pembangkang untuk menyokong kerajaan. Ini menunjukkan beliau diterima oleh semua dan berpendirian sederhana untuk seluruh rakyat Malaysia. Akta pindaan lompat parti juga berjaya digubal dan diluluskan di bawah pentadbiran Keluarga Malaysia.

Dengan semua cabaran yang berlaku dalam penggal pasca PRU14 lepas, kejayaan sebenar wajar diberikan kepada seluruh Keluarga Malaysia. Walaupun gegar di media sosial dengan pelbagai komen, tetapi secara keseluruhan, negara ini telah menjadi negara ke empat paling aman dan selamat di Asia Pasifik, menurut Global Peace Index (GPI) 2022 selepas negara New Zealand, Singapura dan Jepun.

Kesimpulannya, dengan semua track record dalam masa singkat ini, kita semua harus meneruskan untuk memeluk aspirasi Keluarga Malaysia ini dan memperkemaskan lagi bagi mengembalikan kegemilangan negara mencapai negara maju pada tahun tahun 2030.

Selain rakyat, keputusan itu terletak kepada parti Perdana Menteri, iaitu UMNO untuk mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri ke 10 jika mereka menang pada PRU15 kelak.

Selamat Mengundi kepada semua Keluarga Malaysia !

 

*Pendapat ketua editor tidak menggambarkan pendirian rasmi Berita-Tular

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img