spot_img
spot_img

PM menghadap Agong sekali lagi

spot_img

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang tadi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perjumpaan di Istana Negara siang tadi (Ahad ) diadakan tanpa kehadiran media di pintu masuk utama Istana.

Menurut laporan Akhbar New Straits Times, sumber memberi tahu, perdana menteri mengadakan pertemuan itu adalah bagi mendapatkan perkenan Agong untuk pembubaran Parlimen.

- Advertisement -

Difahamkan juga, perdana menteri akan hadir untuk menghantar Yang di-Pertuan Agong bagi lawatan khas ke United Kingdom mulai esok hingga 16 Okt.

Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke London termasuk pertemuan dengan Raja Charles III di Istana Buckingham pada 12 Okt.

Sebelum ini Ismail masih berteka-teki berkenaan tarikh pembubaran Parlimen dan pilihanraya umum ke 15 (PRU15) yang mendapat tentangan oleh pembangkang termasuk 12 ahli parlimen Perikatan Nasional dan PAS.

- Advertisement -

UMNO bagaimanapun telah mendesak untuk parlimen dibubarkan secepat mungkin bagi memberi lalun untuk PRU15 kerana berkeyakinan parti itu mampu menawan semula pentadbiran negara.

Sehingga kini masih belum ada pengumuman rasmi berkenaan pembubaran parlimen dan PRU15 yang dikatakan bakal diadakan ketika musim monsoon timur laut.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img