spot_img
spot_img

Belanjawan 2023 tetap diteruskan walau Parlimen bubar – Tengku Zafrul

spot_img
Kuala Lumpur : Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Mohd Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan Bajet 2023 akan tetap diteruskan, walaupun Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
Dalam sidang media selepas pembetangan belanjawan 2023 semalam, Zafrul menjelaskan negara pernah mengalami situasi sama pada tahun 1999, dimana parlimen dibubarkan tidak lama selepas bajet dibentangkan.
Bajet itu bagaimanapun, dibentangkan sekali lagi selepas pilihan raya umum selesai.
“Jika anda rujuk kembali pada 1999, bajet dibentangkan, kemudian ada pembubaran dan (selepas selesai), bajet dibentangkan kembali. Jadi itu yang akan berlaku sekiranya ada pembubaran,” kata Tengku Zafrul dalam sidang media selepas membentangkan Bajet 2023 di Parlimen.
Zafrul berkata demikian bagi menjawab desas-desus Dewan Rakyat akan dibubarkan dalam masa terdekat, sehingga mencetus perdebatan beberapa pihak bahawa pembentangan Bajet 2023 akan menjadi sia-sia.
Tambah beliau, Bajet 2023 memberi tumpuan tentang kedudukan semasa hala tuju dan masa depan negara dengan mengambil kira Laporan Tinjauan Ekonomi yang telah diterbitkan sebelum ini.
“Seperti yang disebut tadi, KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) kita tahun ini kita sudah semak balik dan unjuran baharu antara 6.5 hingga 7 peratus. Kita juga mempunyai sasaran defisit baharu unuk tahun ini iaitu 5.8 peratus berbanding 6 peratus sebelum ini.
“Tahun hadapan kita meletakkan sasaran defisit 5.5 peratus. Selain itu terdapat juga anggaran perbelanjaan serta perancangan untuk tahun hadapan. Jadi soalan anda (sekiranya Bajet 2023 sia-sia), sebenarnya tidak berasas,” tegas Tengku Zafrul.
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
- Advertisement -

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img