spot_img
spot_img

Belanjawan Komprehensif untuk Keluarga Malaysia – Tabung Haji

spot_img

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik Bajet 2023 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz semalam.

Bajet 2023 bertemakan responsif, bertanggungjawab dan reformis terus memberikan sokongan besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara serta melindungi kebajikan rakyat yang terkesan dengan inflasi dan ekonomi global yang dijangka lemah pada tahun 2023.

“Bajet ini merupakan bajet komprehensif bertujuan membantu keluarga Malaysia,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin.

- Advertisement -

“Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan terus menyokong usaha kerajaan serta bekerjasama untuk memperkasakan daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi sebarang risiko masa hadapan yang tidak menentu” jelas beliau.

TH juga akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bersasar yang dibiayai daripada pendapatan pelaburan, kepada semua bakal jemaah haji Muassasah walaupun kos haji dijangka terus meningkat sekitar RM31 ribu bagi seorang jemaah tahun hadapan berbanding RM28 ribu tahun ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img