By NS ALI
Kerajaan memperuntukkan RM369b untuk Belanjawan 2023 yang bertemakan ‘Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan Ke Arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia’,
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat, perniagaan serta ekonomi.
Sebelum itu Tengku Zafrul meninggalkan bangunan Kementerian Kewangan kira-kira 2.30 petang tadi untuk ke Parlimen bagi membentangkan Bajet 2023 serta menyertai bacaan doa yang diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan Ustaz Mohamad Zukrillah Ismail di lobi utama kementerian.
Segak berbaju Melayu berwarna biru firus lengkap bersamping, Tengku Zafrul dilihat memegang beg berwarna hitam yang mengandungi teks ucapan Bajet 2023 ketika meninggalkan bangunan pejabat Kementerian Kewangan.
Bajet 2023 dijangka meneruskan momentum pemulihan semasa selain memberi penekanan terhadap aspek pembaharuan struktur dan pengukuhan daya tahan ekonomi.