Oleh NS ALI
KUALA LUMPUR : Bagi menghargai jasa penjawat awam negara, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kerajaan menyediakan Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara menerusi pembentangan Bajet 2023.
Menurut beliau, bantuan tersebut melibatkan RM700 kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 ke bawah.
Selain itu, bantuan RM350 turut melibatkan satu juta pesara kerajaan dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.
Berita baik untuk penjawat awam, mereka turut akan menerima Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM600 yang akan dibayar pada bulan Mac 2023 bersama kenaikan gaji khas sebanyak RM100.
Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 ini melbatkan semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.