spot_img
spot_img

PRU15 : Alasan BN dan PN

spot_img

KUALA LUMPUR, 6 Okt — Masing-masing saling tuding-menuding untuk PRU15 diadakan awal atau tidak.

Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi berkata Menteri Perikatan Nasional yang memohon Yang diPertuan Agong menolak pilihan raya umum tahun ini hanya berbuat demikian kerana mahu terus berkuasa.

Beliau juga berkata sebahagian daripada ahli parlimen PN adalah pembelot politik yang takut berhadapan dengan pengundi mereka kerana risau akan pengkhianatan mereka, merujuk kepada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan.

- Advertisement -

“Mereka akan mengkhianati demi kepentingan politik, kedudukan, dan jawatan. Mereka yang melompat parti dan mendapat jawatan menteri kini menyedari bahawa peluang mereka untuk menang adalah tipis,” kata Zahid di Facebook.

Di sebelah PN pula mereka memainkan sentimen bahawa pilihanraya awal ini adalah semata-mata untuk kepentingan diri kluster-kluster mahkamah. Menurut majoriti pemimpin PN, mereka percaya apabila BN menang, maka segala pertuduhan akan digugurkan.

Umno dan BN secara nominal bersekutu dengan PN kerana mereka adalah sebahagian daripada blok tidak rasmi yang kini mentadbir negara, tetapi kedua-dua gabungan itu menganggap satu sama lain sebagai seteru politik dan akan bertembung pada PRU15.

- Advertisement -

Kini seluruh negara tertumpu kepada Perdana Menteri sama ada beliau mampu meyakinkan Yang Di Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen pada waktu yang terdekat.

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img