spot_img
spot_img

PRU15 : PAS tentukan semuanya Sabtu ini

spot_img

PUTRAJAYA:  Pas akan memutuskan rakan gabungannya untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan ketetapan untuk bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu selepas mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu Sabtu ini.

Perkara itu disahkan Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad yang memberitahu ketika ditemui pemberita selepas program Pra-Pelancaran Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62 Tahun 1444H/2022M, di sini hari ini.

Menurutnya lagi Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Takiyuddin Hassan akan mengeluarkan kenyataan rasmi selepas mesyuarat yang akan dijadualkan berlangsung Sabtu ini di Kuala Lumpur.

- Advertisement -

Ditanya kecenderungan parti itu untuk bekerjasama dengan siapa, Idris berkata, “kita mahu dua-dua belah (UMNO dan Bersatu),” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img