spot_img
spot_img

Platform digital pelancongan Indonesia mendapat RM1.4 bilion

spot_img

Syarikat pelancongan digital, Traveloka memperoleh pembiayaan baharu berjumlah AS$300 juta (RM1.39 bilion) daripada pelabur termasuk BlackRock Inc, bagi membantu pemulihan pasca pandemik syarikat permulaan perjalanan dalam talian terbesar di Asia Tenggara itu.

Syarikat berpangkalan di Jakarta itu berkata, ia telah mencapai perjanjian untuk pembiayaan dengan pelabur termasuk Allianz Global Investors dan Pihak Berkuasa Pelaburan Indonesia.

Saiz pusingan pembiayaan itu jauh lebih besar daripada sasaran sebelum ini iaitu kira-kira AS$200 juta yang dilaporkan oleh Bloomberg News pada Jun lalu.

- Advertisement -

“Traveloka, disokong oleh pelabur termasuk GIC Pte Ltd dan Expedia Group Inc, sedang mempertimbangkan tawaran awam permulaan di AS atau di Indonesia,” menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

Industri pelancongan Asia Tenggara menjunam ke dalam krisis semasa pandemik apabila penutupan semua sempadan menyebabkan perjalanan terhenti.

Traveloka menceburi perkhidmatan kewangan semasa pandemik dengan bekerjasama dengan beberapa institusi perbankan termasuk PT Bank Rakyat Indonesia dan PT Bank Negara Indonesia.

- Advertisement -

Banyak negara kini menghapuskan sekatan era pandemik dan membuka semula sempadan. Contohnya, Thailand di mana pelancongan antarabangsa menyumbang kira-kira 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Traveloka membantu pengguna menempah pelbagai perkhidmatan termasuk tiket penerbangan, hotel dan lolkasi tarikan pelancongan. Ia juga menawarkan penghantaran makanan dan pembiayaan, pembayaran dan produk insurans. Aplikasinya telah dimuat turun lebih daripada 100 juta kali, menurut laman web syarikat itu.

Traveloka dianggarkan bernilai AS$3 bilion (RM1.94 bilion), menurut CB Insights, dan pada 2020, Bloomberg News melaporkan ia sedang mencari dana pada penilaian yang lebih rendah.

__________________________________________________________

Jika anda ingin memiliki perniagaan digital seperti Traveloka, Jendela Biz melalui Tawaran Perniagaan Digital Jendela Biz telah menyediakan platform digital lengkap untuk anda miliki.

Rujuk di sini : https://jendela.biz/tawaran/mycutihome

Jika anda adalah bakal pemilik perniagaan digital ini, hubungi whatsapp 0124216051 atau email ke support@jendela.biz
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img