spot_img
spot_img

Perpaduan Ummah : UMNO pentingkan diri, PAS komited.

spot_img

ALOR GAJAH: Tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Itu intipati syarat yang UMNO letakkan kepada Pas jika ingin kembali menjalin kerjasama politik menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Nampaknya bukan Tan Sri Muhyiddin sahaja menganggap parti Melayu lain sebagai musuh, Zahid Hamidi pun sama juga”, kata penganalisis politik Pusat Komuniti Bijak, Ismail Ibrahim dalam komen ringkas beliau.

- Advertisement -

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarat itu merangkumi Pas perlu keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka ‘mufa­rakah’ seratus peratus daripada PN dan Bersatu.

Menurut beliau, tiga syarat tersebut telah dikemukakan UMNO semasa beliau bertemu Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

“Selagi Pas tidak penuhi tiga tuntutan itu, kita (UMNO) tidak dapat merungkai apa-apa juga isu dan perkara yang menjadi perbezaan antara kedua-dua parti. Mereka mengetahuinya (tiga syarat).

- Advertisement -

Sebelum ini, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin secara terbuka berkata UMNO adalah musuh mereka bagi menghadapi PRU15 yang semakin hampir. Kata itu disampaikan dihadapan ahli-ahli Bersatu sempena majlis ulang tahun parti itu yang ke enam.

KERJASAMA

Majlis Tertinggi UMNO juga maklum akan pertemuan antara Presiden UMNO dan Presiden Pas. Kini MT UMNO menunggu respons daripada Pas di antara perbincangan empat mata antara kedua-dua presiden parti itu.

“Kita (UMNO) ada pendirian dan terma syarat, serta (mungkin) Pas juga (nanti). Cuma (ia ke arah) sedang mencari titik temu dan kompromi untuk memastikan permuafakatan benar-benar berlaku serta berlangsung dengan baik,” katanya dipetik melalui Utusan Malaysia.

LOGO

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lepas, UMNO menawarkan sehingga lima kerusi kepada Pas dengan syarat parti itu menggunakan logo sendiri, namun mereka lebih memilih logo Perikatan Nasional (PN).

Di PRN Johor pula, belum pun UMNO membuat keputusan berhubung kerjasama kedua-dua parti terbesar Melayu itu, Pas sudah memilih untuk bersama dengan PN.

Namun, pada 20 September lalu, Pas dilapor kekal dengan pendirian menjalin hubungan dengan UMNO sebagai rakan ta’awun (kerjasama) sekali gus tidak bersetuju dengan gambaran Barisan Nasional (BN) atau UMNO sebagai musuh dalam PRU15.

Dalam pada itu, sumber dalaman Pas pula berkata, parti itu akan memutuskan pendirian mereka sama ada memilih UMNO atau Bersatu dalam satu mesyuarat khas minggu hadapan.

Menurut beliau, ini kerana situasi kritikal bersifat dasar itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat seperti yang ditetapkan dalam Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-68 awal September lalu dan ucapan dasar Presiden Pas, Abdul Hadi.

“Dalam mesyuarat minggu depan, Tuan Guru (Abdul Hadi) akan dibincangkan pendirian Pas sama ada bersama UMNO atau Bersatu.

Hari ini kenyataan media berkenaan pendirian PAS telah dikeluarkan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Antara intipati penting dalam kenyataan media itu ialah PAS menyambut baik hasil perbincangan empat mata antara Presiden UMNO dan PAS, komitmen perpaduan ummah PAS tetap diteruskan, dan keputusan muktamad kerjasama antara PAS dengan UMNO atau dengan Bersatu akan mereka umumkan pada hujung minggu ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img