spot_img
spot_img

Tindik hidung, Mercedes Petronas kena denda RM90,000

spot_img

SINGAPURA: Lewis Hamilton akan dibenarkan terus memakai subang di hidungnya pada perlumbaan Grand Prix Singapura atas sebab perubatan, tetapi pasukannya tetap didenda 25,000 euro (AS$24,500) pada Ahad (2 Okt) kerana gagal memaklumkan kepada steward.

Mercedes Petronas telah dikenakan penalti oleh badan induk Formula Satu, FIA, kerana menyerahkan borang pemeriksaan sendiri yang mengatakan pemandu Britain itu telah menanggalkan semua barang kemas dan tindikan selaras dengan peraturan perlumbaan.

“Dalam acara baru-baru ini Lewis Hamilton mengaku telah mengeluarkan semua anting-antingnya sebelum perlumbaan. Kami hanya mengandaikan, tanpa bertanya kepada Hamilton, sama ada dia telah benar-benar menanggalkannya atau tidak,” kata pengurus FIA dalam keputusan mereka.

- Advertisement -

Juara dunia tujuh kali Hamilton memberitahu pemberita bahawa dia memakai aksesori itu sekali lagi atas nasihat doktor selepas mengalami jangkitan ketika mengeluarkannya.

“Saya mempunyai barang kemas di batang hidung saya selama bertahun-tahun dan jelas sekali kami mengalami kekecohan disebabkan perkara ini sejak awal tahun perlumbaan,” kata Hamilton.

“Pada masa ia ditindiki, ia sukar untuk dibuang. Jadi FIA memberi saya pengecualian di banyak perlumbaan supaya saya dapat mencari penyelesaian segera,” jelas Hamilton.

- Advertisement -

“Saya cuba…masuk dan keluar. (akhirnya) Ia dijangkiti kerana itu. Darah keluar dan agak sakit di hidung. Ini semua perkara yang saya beritahu mereka sebelum berlumba untuk mematuhi peraturan.

“Saya meletakkan subang itu semula (di hidung) dan dalam dua minggu ia mula sembuh dan (doktor) meminta saya terus memakainya.”

Lewis Hamilton dipanggil ke bilik steward selepas menjadi pelumba ketiga terpantas bagi perlumbaan Ahad (hari ini) di litar Marina Bay Singapura.

“Rakaman yang disiarkan menunjukkan Hamilton masih memakai barang kemas dalam bentuk tindik badan (hidung) semasa sesi itu,” kata kenyataan daripada steward.

Hamilton “menjelaskan bahawa dia telah dinasihatkan oleh doktornya untuk tidak mengeluarkannya buat masa ini … pasukan itu menghasilkan laporan daripada seorang pengamal perubatan yang mengesahkan penjelasan Hamilton.

Hamilton mempertahankan fesyen dirinya dan berkata ia “agak bodoh” untuk barang kemasnya menjadi isu sebegitu pada musim ini, walaupun peraturan melarang pemandu memakainya telah wujud selama beberapa dekad.

“Salah satu alasan terbaik yang diberikan kepada saya sejak dahulu adalah mengenai haba dan jika anda berada dalam api, logam akan mengalirkan haba,” katanya.

“Tetapi zip kami adalah logam, tali pinggang kami di sekeliling topi keledar kami adalah logam, kami mempunyai wayar dengan logam aluminium di dalamnya,” Lewis Hamilton berkata.

“Sangat gila kita perlu bercakap tentang sesuatu yang sangat kecil. Semuanya agak mengarut. Mudah-mudahan mereka akan menerima (penjelasannya).

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img