spot_img
spot_img

Ketua Sayap Bersekutu Bersatu sertai Zuraida, PBM fokus PRU16 bukan PRU15

spot_img

SHAH ALAM: Bilangan ahli parlimen yang bukan asal dari Bersatu yang meninggalkan parti itu bertambah lagi, kali ini giliran Datuk Seri Dr. Edmund Santhara, telah disahkan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) semalam.

Perkara itu diumumkan Presiden Pengganti PBM, Datuk Dr. Zuraida Kamaruddin selepas selesai Persidangan Agung Tahunan 2022 PBM di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, petang tadi.

Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr. Xavier Jayakumar turut bersama Edmund Santhara menyertai mereka,  menjadikan keseluruhan enam Ahli Parlimen menyertai parti tersebut setakat ini.

- Advertisement -

“Dr. Xavier Jayakumar dan Dr. Edmund Santhara secara automatiknya bersama PBM bermula hari ini. Selain mereka, dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Negeri Sembilan juga sedang dalam proses untuk menyertai parti kelak,” katanya pada sidang akhbar persidangan itu.

PBM sebelum ini mempunyai empat ahli Parlimen iaitu Ampang (Zuraida), Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Datuk Mohamaddin Ketapi) manakala lima ADUN pula melibatkan tiga dari Perak dan dua dari Selangor.

Dalam pada itu, Zuraida berkata, parti berkenaan masih dalam proses perbincangan lanjut mengenai permohonan memasuki Barisan Nasional (BN).

- Advertisement -

“Perkembangan setakat ini dilihat positif dan kita menunggu maklumat yang perlu diperincikan lagi. Kita masih meneruskan perbincangan dengan Pengerusi BN (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) selain beberapa ahli UMNO dan parti lain,” katanya.

Sementara itu, Zuraida menjelaskan, ucapan beliau berkaitan penetapan tarikh pilihan raya secara tetap pada persidangan berkenaan adalah bagi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan bukannya ke-15.

“Dengan adanya ketetapan tarikh pilihan raya yang dibuat di peringkat awal, semua pemegang taruh dapat melaksanakan pelan lebih sistematik dan profesional. Jadi, perkara seumpama itu yang perlu dilaksanakan bagi memastikan ekonomi dan politik negara stabil,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img