spot_img
spot_img

Malaysia tidak akan stabil jika PM dari PAS mahupun DAP

spot_img

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Malaysia akan huru-hara jika perdana menteri daripada PAS mahupun DAP, semua rakyat dapat melihat apa yang berlaku hari ini.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng mendakwa pemimpin PAS membawa naratif perkauman dan ekstremis yang menjejaskan pendirian berbilang agama dan budaya Malaysia dengan mendahulukan umat Islam, berdasarkan catatan Facebook terbaru Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang.

- Advertisement -

Guan Eng berkata, sepatutnya perpaduan negara harus menjadi keutamaan dalam kalangan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama, dan bukan hanya mengutamakan umat Islam.

“Lebih teruk lagi, PAS secara terbuka menyatakan cita-citanya untuk mempunyai perdana menteri sendiri,” kata Lim dalam satu kenyataan.

“Seorang perdana menteri PAS akan memecahkan Malaysia dan menimbulkan senario mimpi ngeri bagi bukan Islam dan bukan Bumiputera, kerana beliau bukan perdana menteri untuk semua rakyat Malaysia tetapi hanya untuk orang Islam,” tambahnya.

- Advertisement -

Beliau berhujah bahawa tiada sesiapa daripada PAS yang layak untuk memegang jawatan perdana menteri dan berkata pendirian parti PAS tidak konsisten kini.

Beliau berkata Hadi telah mengeluarkan banyak kenyataan negatif mengenai bukan Islam dan bukan Melayu dengan menegaskan mereka tidak sepatutnya memegang jawatan kanan Kabinet, dan menyalahkan mereka secara tidak adil kerana mengancam kuasa politik Melayu walaupun jawatan tertinggi kerajaan dipegang oleh orang Melayu atau Islam.

Lim menuduh Hadi berulang kali menyebarkan “pembohongan” mengenai Pakatan Harapan, menggunakan bahasa Inggeris di Malaysia dan juga amalan budaya seperti Oktoberfest dan Bon Odori.

Ahli politik DAP itu mendakwa PAS menolak naratif pelampaunya sebagai penutup atas dakwaan kegagalannya menangani masalah ekonomi semasa dan cabaran rasuah.

“Inilah sebab mengapa Kelantan menjadi negeri termiskin di semenanjung Malaysia selepas lebih 30 tahun pemerintahan PAS.

“Ketiadaan peluang ekonomi, rakyat Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri lain dan Singapura untuk mencari peluang pekerjaan, manakala Kelantan mengalami masalah pengurusan krisis yang lemah dalam banjir, tadbir urus yang buruk malah tidak dapat menyediakan air paip bersih kepada rakyatnya,” dakwa Lim.

Beliau juga menuntut parti pemerintah dan gabungan lain menjelaskan sikap berdiam diri mereka dalam menghadapi kenyataan Hadi, dan menamakan MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak dan Gabungan Rakyat Sabah.

“Mengapa MCA, MIC, GPS dan GRS berdiam diri dan terus menyokong PAS yang rasis dan ekstremis dalam kerajaan?

“Sehingga kini MCA, MIC, GPS mahupun GRS tidak menyatakan secara terbuka bahawa mereka menentang PAS dalam kerajaan dan cita-cita mereka untuk meletakkan salah seorang daripada mereka sebagai perdana menteri?” dia tanya.

Dalam ucapan pada 20 Ogos, Hadi berkata rasuah berpunca daripada mereka yang mengaut keuntungan melalui cara yang tidak sah. Beliau berkata majoriti yang terlibat dalam merosakkan politik dan ekonomi negara adalah bukan Islam dan bukan Bumiputera.

Beliau berkata ia telah sampai ke tahap bahawa “orang ini” akhirnya mengawal ekonomi negara dan menggunakan wang mereka untuk mencemarkan politik, pentadbiran dan kehakiman.

Tetapi bagaimana pula dengan DAP ? Mereka melalui persatuan Dong Zhong secara jelas tidak mahukan perpaduan kerana menolak untuk bersama di sekolah satu aliran. Mereka masih mempertahankan sistem pendidikan yang berpaksikan Taiwan serta China dengan jelas mengasingkan integrasi kaum di negara ini. Tidak ada mana-mana negara di dunia yang mempunyai sekolah aliran Cina (jenis kebangsaan mahupun Tamil) walaupun negara itu mempunyai imigran bangsa Cina yang tinggi, hanya di Malaysia .

Jika Lim Guan Eng benar-benar mahukan kesamarataan, ia harus bermula dari anak kecil, iaitu dari sekolah di mana kefahaman bangsa yang berbeza dapat dipupuk dalam semangat satu bahasa.

Soal ekonomi tidak perlu disebut lagi kerana walaupun Dasar Ekonomi Baru dilakukan selama ini, yang mengawal sumber-sumber ekonomi adalah dari kaum Cina. Semasa PH memerintah, rungutan demi rungutan dari peniaga bumiputera meningkat kerana dasar keterbukaan Kementerian Kewangan. Sudah tentu mereka yang mengawal sumber boleh menandingi orang tengah. Orang Melayu biasanya hanyalah orang tengah sahaja, yang membeli bahan mentah dari pembekal Cina dan kemungkinan yang membuat kerja juga di ‘subkan’ kepada orang Cina. Bolehkah Perdana Menteri DAP dapat menjamin peniaga kontraktor Bumiputera terus wujud di bumi Malaysia jika mereka Perdana Menteri ?

Lihat contoh di Singapura, di mana orang Melayu ?

2×5 .. Rakyat Malaysia tidak akan berasa selamat jika kedua-dua parti ini menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Pendirian ini adalah pendapat individu dari sidang meja editorial Berita Tular, bukan pendirian rasmi Berita Tular secara keseluruhan

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img