spot_img
spot_img

UMNO perlu bergabung dengan PAS untuk elak PH menang PRU15

spot_img

PETALING JAYA: Barisan Nasio­nal (BN) diramal menang hanya 60 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jika UMNO-Pas gagal mencapai ke­sepakatan untuk tidak bertembung satu sama lain.

Namun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Me­layu (MPM), Shahbudin Embun berkata, analisis itu tidak termasuk 30 sehingga 36 kerusi Parlimen majoriti Melayu yang dianggap ‘panas’.

Katanya, jika UMNO dan Pas dapat membahagikan kerusi-kerusi ‘panas’ itu dan bersetuju supaya tidak berlaku pertembungan, jumlah kerusi yang dijangkakan dimenangi BN bertambah kepada 90 Parlimen.

- Advertisement -

“Analisis ini dibuat melalui kaedah turun ke lapangan dan meninjau senario sebenar pe­ringkat akar umbi.

Selain itu, maklumat ini juga diperoleh melalui perbincangan bersama jentera pilihan raya dan bilik perang parti-parti politik nasionalis.

“Kalau kita lihat, ada 36 kerusi Melayu yang kalau Pas dan UMNO bertembung dan jadi pertandingan tiga penjuru, ia boleh beri kemenangan kepada Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

“Itu kerusi-kerusi yang sa­ngat rapuh dan sebab itu Pas khuatir dan mahu berunding dengan UMNO. Maklumat ini saya dapat daripada sumber bilik perang parti-parti politik,” katanya memetik dari laporan Utusan Malaysia, semalam.

Pertembungan

Justeru katanya, Pas dan UMNO harus segera mencari formula supaya tidak berlaku pertembungan terutama di 36 kerusi panas itu, kerana ia ibarat memberi markah bonus kepada pembangkang yang memang mahukan gabungan politik Melayu-Islam berpecah-belah.

Untuk rekod, kerusi-kerusi ‘panas’ yang dimaksudkan ialah Parlimen yang pada PRU14 dimenangi PH, namun berpeluang jatuh ke tangan UMNO-Pas jika gabungan MN itu bertembung satu lawan satu dengan pembangkang antaranya Temerloh, Sabak Bernam, Kapar, Pokok Sena dan Parit Buntar.

Selain Shahbudin, ramalan BN cuma berpeluang menang 60 kerusi Parlimen turut dipersetujui penganalisis politik, Dr. Ainul Adzellie Hasnul.

Ainul berkata, analisis pihaknya mendapati BN tidak akan memenangi jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

“Saya menjangkakan BN boleh menang dalam 60 hingga 80 kerusi. Ini bukan rumusan, sebaliknya ia data empirikal yang kalau kita lihat kepada pilihan raya umum lepas, BN hanya menang 79 kerusi.

“Jadi, saya ramalkan angka­nya tidak banyak. Jadi sudah tentu selepas PRU15, BN terpaksa bergabung dengan parti lain membentuk kerajaan,” katanya.

Sumber dalaman UMNO juga sependapat, pihaknya meramalkan jika permuafakatan UMNO-Pas tidak dicapai menjelang PRU15 dan berlaku pertembungan tiga atau lebih, BN cuma boleh menang 60 kerusi Parlimen.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img