spot_img
spot_img

Johor penentu kerajaan Pusat

spot_img

JOHOR BAHRU – Johor menjadi penentu Pakatan Harapan (PH), BN atau Perikatan Nasional (PN) menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kerana kekuatan politiknya yang mempunyai kerusi Parlimen paling banyak di Semenanjung.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, negeri itu menjadi tumpuan setiap kali PRU kerana mempunyai 26 kerusi Parlimen dan dianggap amat penting terutama dalam usaha membentuk kerajaan Persekutuan.

“Di Malaysia kerusi Parlimen paling banyak adalah di Sarawak iaitu 31 kerusi, kedua adalah Johor (26 kerusi) diikuti Sabah (25 kerusi) Parlimen. Kalau kita nak ubah negara dan tukar kerajaan di Putrajaya, puncanya mesti datang dari Johor, tidak ada cara lain.

- Advertisement -

“Mana-mana parti politik sama ada PKR, UMNO, BN, Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) atau PN, tiada gabungan politik di negara ini yang boleh jadi kerajaan di Putrajaya kalau tak menang kerusi-kerusi Parlimen di Johor,” katanya berucap dalam Jelajah Trak Ayuh Malaysia Zon Selatan di pekarangan Pusat Khidmat Parlimen Johor Bahru pada malam Sabtu.

Turut hadir Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Pengarah Strategik PKR.

Rafizi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor berkata, orang Johor perlu sedar betapa pentingnya mereka dalam menentukan keputusan PRU dan tidak mengambil mudah peranan yang perlu dimainkan.

- Advertisement -

Menurutnya, atas sebab kepentigan di negeri itu beliau dilantik sebagai Pengerusi MPN Johor sekali gus menepis dakwaan pelantikan berkenaan adalah kerana beliau mahu bertanding di negeri ini pada PRU15.

“Kita dapati undi rendah kepada PH terutama dalam kalangan orang Melayu, kita tidak boleh beritahu dan yakin 100 peratus faktor undi rendah kerana (orang Melayu) sudah beralih sokongan atau penyokong atas pagar tidak keluar mengundi, ini dua faktor berbeza,” katanya.

Jelas Rafizi, sentimen pengundi Johor ketika ini amat sukar ‘dibaca’ dan PKR menerima kekalahan dalam PRN Johor dan akan memperbaiki kesilapan sebelum ini dengan memikat pengundi menerusi pendekatan seperti program Ayuh Malaysia yang kini diadakan di seluruh negeri itu.

Rafizi seperti kebiasaan menerusi siri jelajah yang dimulakannya, berkata mula menampakkan pengundi-pengundi atas pagar terangsang dengan kempen-kempen PH selain akan terus memberi penjelasan bersama-sama komponen PH pada setiap minggu sehingga PRU15.

Selain usaha itu beliau berkata, PKR dan PH dilihat berpotensi menang di negeri ini kerana sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sebenarnya masih tidak berubah sama seperti sebelum PRU14, berdasarkan keputusan PRN Johor baru-baru ini. Namun PH harus mengkaji kenapa peratusan mengundi keluar kurang dan wajib memastikan semua pengundi atas pagar keluar mengundi pada PRU15 nanti, kata Rafizi.

“Undi kepada UMNO masih lagi sekitar 41 atau 42 peratus, maksudnya majoriti pengundi yang keluar menolak UMNO dan itu pun dalam 55 hingga 57 peratus sahaja pengundi (keluar mengundi dalam PRN Johor),” ujarnya.

Malah katanya, UMNO sendiri hanya yakin menang 16 kerusi daripada 20 kerusi Parlimen yang disasarkan UMNO pusat untuk menang pada PRU15.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img