spot_img
spot_img

SSPN catat RM12.65 bilion simpanan

spot_img

PETALING JAYA: Jumlah deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mencatatkan pencapaian yang sangat memberangsangkan apabila mencatatkan sebanyak RM12.65 bilion simpanan sehingga 31 Julai lalu.

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Apli Yusoff berkata, jumlah simpanan berkenaan melibatkan sebanyak 5.5 juta akaun pelanggan yang diperkenalkan sejak 2004.

Apli berkata, prestasi tersebut membuktikan Simpan SSPN terus diyakini sebagai produk simpanan terbaik dan menjadi pilihan utama ibu bapa untuk perancangan kewangan pendidikan tinggi anak-anak.

- Advertisement -

“Mula diperkenal pada tahun 2004, Simpan SSPN yang terdiri daripada Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit.

“Antaranya, pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak.

“Manfaat lain ialah dividen yang kompetitif dan simpanan yang dijamin kerajaan. Yang paling penting, Simpan SSPN juga adalah produk yang patuh syariah. Oleh itu, menabunglah di Simpan SSPN tanpa ragu-ragu,” katanya.

- Advertisement -

Kolaborasi PTPTN dan BestPay menunjukkan komitmen dan kesungguhan PTPTN dalam memperkasakan agenda pendigitalan dan memastikan peminjam PTPTN dapat melaksanakan bayaran balik dengan mudah, cepat dan selamat secara dalam talian.

Dengan pelaksanaan digital ini secara tidak langsung menggalakkan pembayaran balik pinjaman dan memperkasakan perkhidmatan PTPTN ke arah lebih dinamik dan cemerlang melalui pendigitalan selaras dengan Pelan Strategik PTPTN 2021 hingga 2025.

“Sesungguhnya bayaran balik pinjaman yang dibuat oleh para peminjam amat bermakna dan penting demi kelestarian pinjaman PTPTN kepada generasi akan datang,” ujarnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img