spot_img
spot_img

JCL Malaysia bantu pemula bisnes digital

KUALA LUMPUR: Tujuh individu dan satu syarikat pemula daripada peserta Program Jendela Business Opportunity Preview (JOP) telah menerima dana permulaan berjumlah  RM11,450.00 daripada JCL Malaysia. (www.jcl.my)

Program JOP telah membolehkan usahawan peringkat permulaan melengkapkan bisnes mereka dengan teknologi digital. Jendela Biz menyediakan semua platform digital dengan lengkap dan peniaga atau individu boleh terus beroperasi dengan disokong oleh Jendela Biz dari segi teknikal.

Jendela Biz menyediakan akses kepada pemula seperti website,

  • 1 x Website
  • 1 x Pangkalan Data
  • Sistem Ejen
  • Akaun & Inventori
  • Pejabat Online (Back Office)
  • 1 x Sistem ‘‘Follow-up’‘ Prospek & Pelanggan Setia
  • Digital Marketing
  • Digital Marketing di Search Engine
  • Pengurusan sosial media
  • Pengurus Projek
  • Payment gateway (pembayaran online)
  • Report dan rekod jualan
  • Latihan teknologi digital
- Advertisement -

JCL Malaysia percaya sokongan dana yang diberikan kepada usahawan pemula adalah tanda keyakinan dan kepercayaan terhadap ekosistem bisnes digital permulaan tempatan.

JCL Credit Leasing Sdn. Bhd. telah diperbadankan pada tahun 1996 dan kemudiannya telah diambil alih oleh syarikat pemajakan kredit Jepun Business Partner Co., Ltd. pada tahun 2014. Selepas pengambilalihan, ia dinamakan semula sebagai Pajakan Kredit Jepun, kini hanya dikenali di bawah nama dagangan “JCL”, dan memulakannya beroperasi pada tahun 2015 dengan menyediakan produk kewangan, pengkhususan dalam pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan.

Hari ini, selain terus mengembangkan perkhidmatannya dalam pinjaman peribadi dan pinjaman perniagaan, syarikat itu telah mengembangkan aktiviti perniagaannya termasuk jualan kredit, jualan insurans dan perkhidmatan lain.

- Advertisement -

Syarikat itu kini mempunyai ibu pejabatnya yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dengan 5 lagi cawangan yang terletak secara strategik di bandar-bandar utama lain di seluruh Semenanjung Malaysia. JCL berhasrat untuk membawa perubahan positif kepada pasaran tempatan dan menjadi institusi kewangan terkemuka di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Jendela Biz, Razrul Anwar Rusli berkata mereka menerima lebih 500 permohonan untuk pendanaan pertama dan memilih hanya 8 individu dan syarikat pemula yang hadir melalui penyertaan JOP yang terhad dengan pakar industri yang berpengalaman.

“Pendanaan yang diterima oleh usahawan permulaan dari JCL Malaysia ini mengesahkan lagi kesan Program JOP. Kami akan terus menjalankan program ini untuk menarik lebih ramai usahawan, organisasi dan individu untuk transformasi struktur operasi mereka ke ekosistem digital,” tambahnya.

Jendela Biz juga menyediakan Tawaran Perniagaan Digital di mana bakal usahawan boleh memiliki bisnes online dengan lengkap. Ia merangkumi pendaftaran syarikat, pembukaan akaun bank dan lengkap website serta applikasi.

“Jendela Biz memudahkan usahawan untuk beroperasi. Terus menjana keuntungan dan pemasaran. Tanpa perlu memikirkan hal-hal teknikal dan tenaga kerja kerana Jendela Biz merupakan rakan strategik teknikal mereka. Jadi kos operasi mereka rendah dan sesuai dengan matlamat visi kami iaitu Digital Untuk Semua”, kata Razrul.

www.jendela.biz/tawaran

Disenaraikan sebagai salah satu daripada penyedia teknologi digital terbaik Malaysia, Program JOP memainkan peranan penting dalam matlamat negara untuk mewujudkan 5,000 syarikat permulaan dan sepuluh unicorn menjelang akhir 2025.

comments

Terkini

spot_img
spot_img